Terkejut saya bila ketua Ahli Majlis Negeri Pekida Wilayah Persekutuan meluahkan hasrat untuk menyaman penerbit dan pengarah filem Kongsi dan KL Gangster kerana kononnya mendedahkan perkara sulit dalam Pekida. Apa yang sulit dalam Pekida dan kaitannya dengan filem Gangster ala Hong Kong ini? cuba cecita….
Kenapa Pekida berasa cukup terganggu dan tercabar, sedangkan selama ini mereka mendakwa tidak ada kena mengena dengan aktiviti gangster khususnya di Kuala Lumpur ini? hairan jugak…
Tapi bila saya imbas kembali artikel sorang teman bertajuk “Budaya politik Gengsterisme yang dibawa menantu Pak Lah ke dalam UMNO”….. dalam artikel nie mmg banyak komen-komen ahli Pekida yang menceritakan siapa diri mereka sebenarnya…
Read more…

Mana pejuang-pejuang kebebasan hak asasi wanita….kenapa membiarkan hak wanita Iran dinafikan begitu sahaja oleh FIFA….pejuang-pejuang wanita kat Malaysia seperti Sisters In Islam pun sonyap jer….
Read more…
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 2/2011 yang bersidang pada 12hb. April 2011M bersamaan 8 Jumadal Ula 1432H telah bersetuju memutuskan bahawa Pelaburan Amanah Saham Nasional (ASN), Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan seumpamanya adalah tidak halal. Hal ini kerana ia masih belum menepati hukum syarak dengan alasan seperti berikut:
Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputra (ASB) secara jelas terlibat dalam aktiviti pelaburan yang bercampur-campur antara patuh syariah dan tidak patuh syariah sebahagian besarnya adalah daripada sektor kewangan konvensional.
Read more…
Foto Raja Jawa (penyangak Umno) yang ku manipulasikan semula ke versi PAS…ha..ha…

Najib, Muhyiddin dan konco-konconya kelam kabut menampal kubu-kubu mereka yang dah nak runtuh….amboi-amboi..Band of Brothers sudah mara ke Putrajaya…
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengucapkan terima kasih kepada Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yang akhirnya mengakui bahawa Umnolah yang begitu takut dengan Dasar Negara Islam yang dibawa PAS. Selama ini merekalah yang menuduh DAP begitu takut akan dasar itu.
Namun kenyataan Nazri yang mengatakan “Kita lebih bimbang PAS akan berikan saingan lebih hebat jika mereka masih mempertahankan (dasar) negara Islam kerana wujud elemen dalam kaum Melayu yang berpandangan apa yang diperjuangkan PAS itu betul.” sudah cukup menceritakan hakikat sebenar. Memang benar apa yang PAS perjuangan sekarang ini adalh betul, selaras dengan sunnah Rasulullah saw. Beranikah Umno mengatakan PAS ini sesat? Hanya orang yang takutkan Islam sahaja yang layak dipanggil sesat.
Read more…

Dari Kiri : YB.Dato’ Hj. Mahfuz Omar (Naib), YB. Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (Presiden), Hj. Mohamad Sabu (Tim. Presiden), YB. Salahuddin Ayub (Naib), YB. Datuk Paduka Husam Musa (Naib)