Rumah > Ekonomi, Kenyataan Media > Ron95 Tidak Naik Kerana BN Takut Kalah Teruk PRU 13

Ron95 Tidak Naik Kerana BN Takut Kalah Teruk PRU 13


Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menganggap pengumuman Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Pengguna Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bahawa Kerajaan BN tidak akan menaikan harga bagi petrol RON95, diesel dan gas petroleum cecair (LPG) pada ketika ini sebagai satu keputusan yang populis demi mengelakkan kekalahan teruk BN dalam PRU-13.

Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin yang juga ahli kabinet mengesahkan perkara ini dengan mengatakan “Keputusan untuk tidak menaikkan harga minyak RON95 ini diharap akan terus mengekalkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan (BN),”

Akhirnya kerajaan BN akur dengan tuntutan rakyat dan strategi Pakatan untuk terus mendesak kerajaan mengekalkan harga bahan api berkenaan berjaya. Namun, jika dibaca kenyataan Ismail, ternyata Kerajaan BN hanya bermain politik kerana tidak berani memberikan jaminan tentang tempoh masa bagi mengekalkan harga sedia ada. Ini bermakna, Kerajaan BN hanya berjanji tidak menaikannya pada hujung bulan ini awal awal bulan depan, tapi mungkin kenaikkan akan berlaku selepas itu.

Malah, berdasarkan keputusan Kabinet semalam, ramai yang beranggapan bahawa Pilihanraya ke-13 kian hampir dan BN kini sanggup melakukan apa sahaja bagi mengekalkan kuasa mereka. DPPWP yakin, rakyat Malaysia lebih bijak dari pemimpin BN dan tahu muslihat mereka yang akan menaikan harga minyak dan barangan lain berkali ganda jika BN kekal memerintah selepas PRU-13. Kenaikan harga minyak, gula, tepung, beras dan sebagainya yang berkali ganda selepas BN diberikan mandat semula dalam PRU-12 sudah cukup mengajar rakyat akan taktik kotor mereka ini.

BN harus berani mengakui kegagalan mereka menguruskan sumber ekonomi negara sehingga menyebabkan pihak Jabatan Perkhidmatan Awam menghentikan pengambilan kakitangan baru dan tidak lagi menyambung kontrak kakitangan sementara. Banyak projek kerajaan kini berjalan perlahan ekoran sumber kewangan yang terhad kerana budget besar negara banyak dihabiskan dalam kempen Pilihanraya Kecil BN. Ini tidak termasuk lagi dengan pembaziran besar-besaran Kerajaan yang sudah banyak dibongkar oleh media.

BN harus bersedia berundur dan tibalah masanya rakyat menerima kepimpinan baru yang sudah lama memahami hasrat dan keinginan rakyat yang mahukan perubahan. Tiada pilihan lain sebagai alternatif, melainkan Pakatan Rakyat.

Herman Samsudeen Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Categories: Ekonomi, Kenyataan Media
  1. Araman
    Mei 28, 2011 at 7:01 pm | #1

    Sudah dijangka pihak pembangkang akan mempolitikkan isu ini. Kononnya merekalah juara rakyat. Minta difikirkan sejenak. Hanya Malaysia antara segelintir negara-negara kat dalam dunia yang masih mengamalkan subsidi. Sampai bila kita nak terima ihsan dalam bentuk subsidi. Akibatnya lambat laun negara akan bankrap. Mahukah kita jadi seperti Greece? Memang patut kerajaan merasionalisasikan subsidi. Tetapi lakukanlah secara berhemah. Naikkan harga petrol, disel & LPG secara perlahan-lahan dan dalam amaun yang kecil supaya rakyat tidak merasa terbeban. Bercakap kenaikan harga barang, ini negara kapitalis, bukan kerajaan yang menentukannya. Walaubagaimanapun kerajaan mempunyai mekanisme terbaik bagi mengawal kenaikan harga.
    Kalaulah pihak pembangkang menjadi pemerintah, saya berani jamin mereka akan melakukan perkara yang sama. Jadi tak payah nak berbuih mulut menghentam bagai nak rak, patutnya sama-sama melahirkan ide bagaimana mengharungi isu ini.
    Satu lagi kerajaan ada hak bila-bila masa mereka nak kurangkan subsidi bila di fikirkan perlu. INI BUKAN MENAIKKAN HARGA TAPI MENGURANGKAN SUBSIDI!

  2. ringgo
    Jun 10, 2011 at 2:53 pm | #2

    betul,betul,betul….kah..kah..kah…

  3. comando rakyat
    Jun 10, 2011 at 4:44 pm | #3

    untuk mengekalkan harga barangan dan harga minyak…. kita rakyat harus menekan kerajaan…. jika mereka menang, dijangkakan harga minyak ron95 akan naik 2.30. untuk nak cover balik depa punya kos yang keluar waktu pilihan raya, tax dinaikkan lagi dari 7% per head ke 9%. macam kita makan di KFC tu…. Kita dicas 7% atas cukai kerajaan. Bahan makanan akan terus naik lagi…. las-las kita makan nasi tiada lauk laaaaa….. so fikir-fikirkan lahhhh kawan-kawan…. kita kena ingat…. negara kita menjual minyak… bukan membeli minyak….. Apabila minyak naik kerajaan untung berkali ganda… tambah dia naikkan minyak didalam negara…. negara akan untung sekali ganda lagi…. licik tak strategy tuuu…. rakyak jangan terbodah dengan dakyah-dakyah mereka tuuuu…. semua tu digunakan untuk menyujudkan emosi rakyat yang duduk dalam keadaan selesa.

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 59 other followers