Rumah > Artikel DPPWP, Keluarga&Masyarakat, Kenyataan Media, Sosial, Sukan & Rekreasi > Himpunan Sejuta Belia, Harapan Buat Anak Muda

Himpunan Sejuta Belia, Harapan Buat Anak Muda


Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) berharap agar program Himpunan Sejuta Belia sempena Hari Belia yang diadakan secara besar-besar di Putrajaya pada hujung minggu ini dapat dijadikan sebagai satu medium terbaik kepada anak-anak muda supaya dapat mendekati Islam dan mengukuhkan jati diri serta keimanan mereka dari terus dirobek dan dirosakkan oleh cabaran kehidupan masa kini.

Kerajaan harus mengambil peluang untuk memperkenalkan aktiviti-aktiviti yang berfaedah yang bukan sekadar untuk hiburan semata-mata tetapi ada mesej yang positif untuk mereka bawa balik. Melalui himpunan sebesar ini, masalah sosial dapat dielakkan dengan mendidik anak-anak muda menjauhi pergaulan bebas dan aktiviti yang tidak bermanfaat.

DPPWP mengajak anak muda menjadikan Nabi Muhammad saw sebagai contoh teladan yang wajib menjadi ikutan agar dapat memberikan harapan terbaik kepada ibu bapa mereka dan masyarakat. Anak muda perlu menjauhi kemaksiatan dan masalah ketagihan hiburan melampau. Kini masanya untuk anak muda bersaingan untuk mencipta kreativiti mandiri yang mampu ditonjolkan.

Kepada pihak penganjur, DPPWP berharap agar program-program yang dianjurkan dapat menghormati waktu-waktu solat dan pemimpin-pemimpin negara bersilih ganti memimpin anak-anak muda untuk melakukan ibadat sepanjang waktu program. DPPWP juga berharap agar penganjur dapat menyediakan tempat ibadat yang selesa untuk anak-anak muda yang berkunjung dari seluruh pelusuk tanahair.

Di dalam mesyuarat DPPWP baru-baru ini juga, kita telah bersetuju untuk akan menghantar anak-anak muda PAS bagi menyertai pelbagai aktiviti dan pertandingan yang diadakan seperti Futsal, Fotografi dan sebagainya. Semoga pemuda-pemuda PAS yang lain di sekitar Lembah Klang dapat hadir sama memberikan sokongan dan menyebarkan mesej kepada anak-anak muda yang menjadi geng kita sebelum satu lagi Himpunan Rakyat yang besar diadakan pada bulan Julai nanti.

Akhir sekali, masa depan negara adalah ditangan anak muda hari ini dan seharusnya perlu ada satu kekuatan dalam diri anak muda untuk lebih berani tampil kehadapan bagi menuntut hak demokrasi dan kendiri mereka. DPPWP mengajak anak-anak muda diseluruh negara supaya turut mengambil berat akan isu-isu besar yang berlegar disekeliling khususnya yang melibatkan soal sosial, ekonomi dan politik negara supaya kita mampu menjadi warga yang lebih dinamis.

Kamaruzaman Mohamad
Ketua
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 59 other followers