Arkib

Archive for Mei 2011

Ron95 Tidak Naik Kerana BN Takut Kalah Teruk PRU 13

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menganggap pengumuman Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Pengguna Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bahawa Kerajaan BN tidak akan menaikan harga bagi petrol RON95, diesel dan gas petroleum cecair (LPG) pada ketika ini sebagai satu keputusan yang populis demi mengelakkan kekalahan teruk BN dalam PRU-13.

Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin yang juga ahli kabinet mengesahkan perkara ini dengan mengatakan “Keputusan untuk tidak menaikkan harga minyak RON95 ini diharap akan terus mengekalkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan (BN),”

Akhirnya kerajaan BN akur dengan tuntutan rakyat dan strategi Pakatan untuk terus mendesak kerajaan mengekalkan harga bahan api berkenaan berjaya. Namun, jika dibaca kenyataan Ismail, ternyata Kerajaan BN hanya bermain politik kerana tidak berani memberikan jaminan tentang tempoh masa bagi mengekalkan harga sedia ada. Ini bermakna, Kerajaan BN hanya berjanji tidak menaikannya pada hujung bulan ini awal awal bulan depan, tapi mungkin kenaikkan akan berlaku selepas itu.

Malah, berdasarkan keputusan Kabinet semalam, ramai yang beranggapan bahawa Pilihanraya ke-13 kian hampir dan BN kini sanggup melakukan apa sahaja bagi mengekalkan kuasa mereka. DPPWP yakin, rakyat Malaysia lebih bijak dari pemimpin BN dan tahu muslihat mereka yang akan menaikan harga minyak dan barangan lain berkali ganda jika BN kekal memerintah selepas PRU-13. Kenaikan harga minyak, gula, tepung, beras dan sebagainya yang berkali ganda selepas BN diberikan mandat semula dalam PRU-12 sudah cukup mengajar rakyat akan taktik kotor mereka ini.

Read more…

Categories: Ekonomi, Kenyataan Media

Himpunan Sejuta Belia, Harapan Buat Anak Muda

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) berharap agar program Himpunan Sejuta Belia sempena Hari Belia yang diadakan secara besar-besar di Putrajaya pada hujung minggu ini dapat dijadikan sebagai satu medium terbaik kepada anak-anak muda supaya dapat mendekati Islam dan mengukuhkan jati diri serta keimanan mereka dari terus dirobek dan dirosakkan oleh cabaran kehidupan masa kini.

Kerajaan harus mengambil peluang untuk memperkenalkan aktiviti-aktiviti yang berfaedah yang bukan sekadar untuk hiburan semata-mata tetapi ada mesej yang positif untuk mereka bawa balik. Melalui himpunan sebesar ini, masalah sosial dapat dielakkan dengan mendidik anak-anak muda menjauhi pergaulan bebas dan aktiviti yang tidak bermanfaat.

DPPWP mengajak anak muda menjadikan Nabi Muhammad saw sebagai contoh teladan yang wajib menjadi ikutan agar dapat memberikan harapan terbaik kepada ibu bapa mereka dan masyarakat. Anak muda perlu menjauhi kemaksiatan dan masalah ketagihan hiburan melampau. Kini masanya untuk anak muda bersaingan untuk mencipta kreativiti mandiri yang mampu ditonjolkan.

Kepada pihak penganjur, DPPWP berharap agar program-program yang dianjurkan dapat menghormati waktu-waktu solat dan pemimpin-pemimpin negara bersilih ganti memimpin anak-anak muda untuk melakukan ibadat sepanjang waktu program. DPPWP juga berharap agar penganjur dapat menyediakan tempat ibadat yang selesa untuk anak-anak muda yang berkunjung dari seluruh pelusuk tanahair.

Read more…

‘Tahniah’ BN, Malaysia Ditangga Ke 10 Negara Konsumer Arak

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengucapkan ‘tahniah’ kepada Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang berjaya membawa Malaysia ke rangking ke-10 negara konsumer arak yang terbesar didunia. Kejayaan ini benar-benar diluar jangkaan rakyat kerana Malaysia yang pernah di umumkan sebagai sebuah Negara Islam oleh pemimpin Umno berjaya mengalahkan sebahagian besar negara-negara bukan Islam di Eropah dan Benua Amerika.

DPPWP menganggap pengakuan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Heng Seai Kie sebagai satu bukti kejayaan gelap BN selama 12 penggal mereka memerintah negara ini. Ranking yang telah disahkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) ini juga menyatakan bahawa rakyat Malaysia menghabiskan lebih dari RM1.5bilion setahun untuk membeli arak.

Setiap tahun, 30% kemalangan jalan raya dilaporkan berlaku kerana pengaruh alkohol. Malah lebih teruk dari itu, arak juga sering dikaitkan dengan jenayah penganiayaan, dera, rogol dan bunuh. Gejala pengambilan arak juga kini sudah menular kalangan pelajar sekolah.

Sampai bilakah kerajaan BN mahu pertahankan rekod ini. DPPWP mengesa kepada Pihak berkuasa Kerajaan Tempatan, Kerajaan Negeri dan Persekutuan supaya serius menangani perkembangan industri arak dinegara ini. Pengeluaran arak dikilang-kilang dalam negara hendaklah dikurangkan, dan permohonan lesen-lesen pengilangan dan penjualan arak baru hendaklah dibatalkan. DPPWP juga mahu pihak berwajib memantau aktiviti penjualan arak dikedai-kedai, restoran dan Kelab Malam. Arak tidak sepatutnya dibiarkan dijual secara terbuka seperti dikedai-kedai ubat dan 7-Eleven yang beroperasi 24 jam. Akses pembelian arak yang begitu terbuka menyebabkan rakyat negara ini begitu mudah terlibat kepada gejala penagihan arak ini.

Read more…

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 59 other followers