Rata-rata Ahli Parlimen BN tidak berani mengambil risiko membodek najib untuk melakukan Pilihanraya ke-13 lebih awal berikutan sokongan majoriti rakyat masih lagi ditahap membimbangkan. Ahli Parlimen BN yang dipanggil menemui Najib baru-baru ini menyifatkan peluang untuk Najib dan konco-konconya berkuasa kurang dari 60%. Situasi mungkin lebih sukar diramal berbanding PRU-12, namun ke semua Ahli Parlimen belum berani menyatakan pendirian rasmi dan terpulang pada Najib untuk mendapatkan mandat rasmi rakyat dalam PRU.
Ahli Parlimen BN mengutarakan pelbagai alasan untuk menolak PRU diadakan lebih awal kerana mereka sendiri tidak yakin mampu mempertahankan kerusi masing-masing.
Apa jua kemungkinan berlaku, di peringkat Pakatan tidak ada masalah jika Najib mahu bubar Parlimen. Tapi untuk membubarkan DUN yang dimenangi Pakatan serentak dengan Parlimen adalah mustahil pada ketika ini. Pakatan tidak merasai sebarang tekanan atau merasa terdesak untuk membubarkan DUN kerana mandat yang ada adalah dari rakyat bukannya melalui peralihan kuasa dalam parti seperti yang berlaku antara Pak lah dan Najib. Najib kini diumpamanya menumpang jawatan diatas mandat yang diberikan oleh rakyat kepada Pak Lah.
Read more…
Negara Islam bukan hanya untuk orang Islam, tetapi ia adalah sebuah negara untuk semua kaum dan semua agama. Dalam Negara Islam, agama lain bebas dipraktikan, undang-undang sivil masih boleh dilaksanakan untuk mereka yang bukan Islam. Perundangan Islam dalam negara Islam hanya untuk umat Islam dan dalam masa yang sama bukan Islam dijamin keselamatan dan hak mereka melalui perlembagaan. Dari sudut ekonomi dan sosial setiap rakyat akan menerima layanan yang adil dan bebas untuk menyatakan pandangan.
Oleh G Manimaran
KUALA LUMPUR, 11 Jan — Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang melihat sudah ada perkembangan yang “sangat positif” di kalangan rakannya dalam Pakatan Rakyat berhubung soal dasar negara Islam yang dibawa parti itu.
Bulan lalu, dalam ucapan penggulungan pada Konvensyen Pakatan Rakyat Kali Kedua, Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh melahirkan kesediaan untuk mengadakan perbincangan dengan Hadi dan juga Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, jika boleh dalam kadar yang segera.
Sehubungan itu, Hadi berpendapat bahawa berita terbitan The Star semalam di bawah tajuk “PAS won’t bow to pressure from any quarter”, yang memetiknya telah memberikan gambaran salah terhadap ucapannya pada satu majlis di ibu negara kelmarin.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan Setiausaha Politik Hadi, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, Presiden PAS itu sebenarnya telah menjelaskan bahawa parti tersebut melihat perkembangan yang sangat positif di kalangan rakan dalam Pakatan Rakyat dalam memahami maksud Islam yang ingin dibawa oleh PAS, di mana ia adalah dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan yang turut dipertahankan oleh semua pihak dalam perikatan berkenaan.
Read more…