
Krisis perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor bukan sahaja mendedahkan keburukan Khusrin, tetapi turut membongkar kezaliman Umno-BN terhadap Institusi Raja Berperlembagaan yang telah menghadkan kuasa Sultan-sultan di Negeri-negeri Persekutuan termasuk Selangor.
Krisis Perlembagaan melibatkan kepentingan dan bidang kuasa Sultan, Raja dan Yang DiPertuan Agong pada tahun 1993 adalah hasil dari keghairahan Umno mengambil peluang diatas kemarahan rakyat. Dan akhirnya tanpa disedari ramai pihak umno juga telah meminda undang-undang Tubuh Negeri selangor yang meletakan kuasa melantik setiausaha kerajaan negeri, penasihat kewangan dan penasihat undang-undang dibawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan melalui ‘agennya’ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).
Dalam kes perlantikan Khusrin, Baginda Sultan Selangor dengan jelas mengakui hal ini dan Baginda tidak mampu berbuat apa-apa melainkan jika Kerajaan Selangor berunding sendiri dengan pihak SPA (Baca sebagai Agen Kerajaan BN).
Read more…
Malaysiakini : PAS mempersoal sikap ‘tutup mulut’ pemimpin Umno berhubung isu sebuah pertunjukkan yang didakwa berunsur maksiat ala-tarian ‘tiger show’, pada satu majlis makan malam di sebuah hotel di Putrajaya pada 16 Disember lalu, lapor Harakahdaily.
Menurut ahli jawatankuasa PAS pusat, Dr Lo’lo’ Mohamad Ghazali, beliau pelik apabila Umno cepat menyelar cara pemakaian ahli parlimen Serdang, Teo Nie Ching dalam satu majlis senam robik, namun dalam isu pakaian separuh bogel ala-tarian ‘tiger show’, Umno seperti tidak peduli.
“Adalah malang isu YB Teo Nie Ching yang hanya bersenam robik dengan pakaian sukan yang biasa dipakai wanita bukan Islam menjadi berita muka depan Utusan Malaysia, tetapi kemungkaran yang lebih besar seperti ini didiamkan oleh media pro-Umno,” katanya yang juga ahli parlimen Titiwangsa.
Majlis makan malam berkenaan didakwa dianjurkan sebuah firma swasta dan sebahagian yang hadir adalah orang Melayu beragama Islam.
Read more…
Oleh KPRU
Selepas dekat tiga tahun berlakunya perubahan politik pada 8 Mac 2008, satu pengesahan kepada prestasi tadbir urus negeri di bawah pentadbiran Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat telah disediakan oleh Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU).
Lima negeri dalam dua kategori berasingan, iaitu Johor, Pahang dengan Selangor; dan juga Melaka dengan Pulau Pinang, telah dipilih untuk membuat perbandingan dari tiga sudut: pengurusan kewangan, pentadbiran negeri dan pendemokrasian masing-masing.
PENGURUSAN KEWANGAN
Johor/Pahang dengan Selangor
Secara keseluruhannya, proses membaiki status kewangan negeri telah bermula di Kerajaan Negeri Selangor, namun langkah pemantapan prestasi kewangan Kerajaan Negeri Johor dan Pahang belum lagi mempamerkan perubahan positif. Tahap kemantapan pengurusan kewangan dapat dilihat daripada Laporan Ketua Audit Negara yang mengesyorkan supaya Selangor meneruskan perbelanjaan berhemat dan terus berusaha mengutip baki pinjaman boleh dituntut di samping usaha berterusan terhadap kutipan tunggakan bayaran pinjaman boleh dituntut, manakala Johor dan Pahang disyorkan perlu mempertingkat dan memperkukuhkan lagi prestasi kewangan (Johor), dan perlu mengamalkan perbelanjaan berhemat (Pahang).
Read more…
Oleh Faisal Mustaffa
Cuti tahun baru membuatkan aku malas untuk membaca, apatah lagi untuk mencari bahan untuk menulis. Tiba-tiba fikiran aku melayang kepada projek-projek rumit yang aku lakukan sepanjang 2010. Antaranya yang aku mahu berkongsikan di dalam penulisan ini ialah keadaan daif sebuah keluarga yang tinggal di sebuah projek pembinaan bangunan di tengah-tengah segitiga emas metropolitan Kuala Lumpur.
Kawasan itu dilindungi oleh Bangunan Berjaya Times Square – tempat ahli korporat mengumpul harta, tempat anak muda mencuci mata. Tetapi di celah-celah kesibukan tersebut terdapat sebuah keluarga merempat yang hidup dikelilingi bahaya.
Saya tidak pasti apakah punca mata pencarian keluarga tersebut kerana saya rasa mungkin mereka tidak mahu diwawancara mahupun diambil gambar mereka dari jarak dekat.
Read more…
Kerajaan negeri jelas tolak beliau. Tapi dengan muka tak malu, pagi tadi dia masuk pejabat SUK. Orang macm nie memang ramai dalam Umno. Mereka sanggup jadi ‘hantu raya’ untuk menganggu manusia-manusia lain yang nak buat kerja. Mereka jadi ‘toyol’ upahan BN untuk mensabotaj dan campurtangan dalam pemerintahan Kerajaan pakatan. Apa yang pasti hidupnya tidak akan aman kerana tidak diredhai rakyat dan kerajaan Negeri Selangor.
Oleh Idris Ahmad
ketua penerangan PAS.
PAS berpendapat perlantikan Datuk Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan negeri Selangor (SUK) yang baru merupakan satu lagi pencabulan terhadap hak negeri yang tidak sepatutnya berlaku dalam semangat federalisme.
Sebelum ini hal ehwal air yang sepatutnya hak negeri sudah dicabul, sekarang perlantikan SUK pula, kerajaan pusat campur tangan dengan mengenepikan hak negeri.
Tindakan yang dibuat oleh ketua setiausaha negara yang melantik SUK tanpa berbincang dengan menteri besar menunjukkan seolah-olah negara hendak kembali kepada Malayan Union di mana semua kuasa dibolot oleh kerajaan pusat tanpa menghormati hak negeri.
Read more…

Selepas menukarkan nama Mitsubishi Lancer kepada Inspira, Proton bakal membuat satu lagi tranformasi logo kepada kereta import yang berjenama Nissan kepada jenama Proton. Sebanyak 150 unit kereta Nissan Fuga 2.5 bakal diimport (CBU) ke negara ini pada bulan Mac atau April nanti.
Menurut Nissan, Fuga mengunakan platform Nissan FM yang mana ia juga adalah platform yang sama digunakan untuk kereta kegilaan anak muda iaitu Nissan Skyline.
Berdasarkan gambar, nampak Nissan Fuga ini juga memiliki ciri-ciri Sporty dan eksklusif. Ianya bakal tampil untuk menyaingi model Toyota Camry dan Honda Accord dalam pasaran dalam negara.
Read more…
Satu penerangan yang menarik untuk dikongsikan buat semua. Setiap yang kita lakukan ada tanggungjawabnya, maka kita harus tahu apa yang kita lakukan sama ada sebagai seorang pendakwah atau orang yang menjadi sasaran pendakwah.
Tiada alasan kerja GRO
Oleh Ust Zaharuddin Abd Rahman
PEMBABITAN dalam kerjaya yang jelas status pengharamannya masih banyak berlaku di dalam negara kita.
Pelbagai alasan diberi oleh sebahagian mereka untuk mengurangkan rasa berdosa atau lebih berbahaya, menyatakan dan ‘membenarkan’ tindakan mereka sebagai halal atau harus.
Menyentuh hal ini, saya bersetuju kita tidak boleh terus menghina petugas seperti itu seolah-olah mereka tiada lagi peluang untuk memperbaiki kerjaya mereka.
Khususnya penghinaan tanpa usul periksa kerana mungkin ada yang terjebak kerana diperangkap sindiket ‘hitam’ akibat nafsu muda atau kerana kejahilan sendiri.
Read more…
Sikap tamak para peniaga yang mengurangkan bekalan minyak masak dengan cara menghadkan pengeluaran, menyimpan atau menyembunyikan stok amat mendukacita rakyat.
Langkah ini memang jelas sebagai satu taktik untuk mereka mendesak kenaikan harga dipasaran. Minyak masak adalah keperluan hari, mereka pun guna, kita pun guna.
Peniaga yang tamak ini harus memikirkan masa depan perniagaan mereka. Minyak masak bukanlah seperti minyak petrol yang mana kita tiada pilihan kerana sumbernya terhad.
Read more…