Malaysiakini : PAS Lembah Pantai tidak menolak usaha pihak kerajaan hendak meroboh surau Al Falah di Pantai Dalam, Kuala Lumpur kerana unsur-unsur politik kepartian yang dibawa oleh Umno dan dikatakan gagal untuk menguasai surau tersebut, lapor Harakahdaily.
Yang Dipertua Pas Lembah Pantai, Adlin Soleh berkata, pihaknya percaya cadangan untuk merobohkan surau Al Falah timbul berikutan rasa tidak senang pemimpin Umno selepas gagal menguasai surau tersebut melalui usaha Ketua Umno Lembah Pantai, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang mahu menubuhkan ‘Muafakat Masjid dan Surau Lembah Pantai’.
Sehubungan itu kata Adlin, PAS Lembah Pantai memberi amaran kepada Umno dan BN untuk berhadapan dengan kemarahan daripada rakyat khususnya pada pilihan raya akan datang sekiranya usaha meroboh surau itu diteruskan.
“Isu ini perlu ditangani segera atau hadapi tindakan rakyat,” katanya.
Read more…
Akhirnya Gerilla FC berjaya menjuarai Piala Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan setelah menewaskan Amal FC dengan sepakan penalti dalam pertandingan bola sepak 9 sebelah di Padang Jalan Semarak petang tadi…Tahniah bagi pemenang serta pasukan lain dan juga urusetia yang menjayakan program ini.
Harakahdaily, SHAH ALAM, 6 Dis: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini telah menangkap dan membuat pertuduhan terhadap Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, 45, yang merupakan bekas Menteri Besar Selangor dan Datuk Shamsuddin Hayroni, 54, di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas kesalahan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan.
Mohamad Khir dituduh atas kesalahan mendapat barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah banglo yang berharga RM3.5 juta pada tahun 2007 melalui Shamsuddin yang merupakan Pengarah Syarikat Ditamas Sdn Bhd sedangkan hartanah tersebut telah dibeli oleh syarikat tersebut dengan harga RM6.5 juta pada 23 Disember 2004.
Menurut Bahagian Komunikasi Korporat SPRM hari ini, kedua-dua tertuduh tidak mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut.
Mereka dilepaskan dengan ikat jamin sebanyak RM750,000.00 seorang dengan seorang penjamin.
Read more…