Pemuda PAS Wilayah Anggap Mahathir Orang Gila Kerana Mahu Luluskan Judi
Pemuda PAS Wilayah Anggap Mahathir Orang Gila Kerana Mahu Luluskan Judi
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menyelar ucapan Mahathir yang mengatakan bahawa beliau akan meluluskan lesen judi jika beliau masih Kerajaan (Ketua Negara). Ini adalah kenyataan orang gila dan hanya memikirkan dirinya sendiri.
Sebagai seorang bekas pemimpin beliau tidak sewajarnya melabelkan sesuatu kaum itu (cina) sebagai kaum yang suka berjudi kerana tidak semua manusia yang suka berjudi. Malah dalam mana-mana agama pun termasuk Buddha tidak pernah menghalalkan judi. Catatan didalam kitab Tipika Buddha sendiri menyatakan bahawa:
‘There are these six dangers of being addicted to gambling. In winning one begets hatred; in losing one mourns the loss of one’s wealth; one’s word is not accepted in court; one is avoided by both friends and officials; one is not sought after for marriage because people say a gambler cannot support a wife’ (D.III,183).
Didalam buku lain Buddha menyebut ‘squandering wealth on dice’ leads to one’s decline (Sn.106).
Jelas apa yang Mahathir katakan dan menganggap judi tidak diharamkan dalam masyarakat Cina adalah sesuatu yang prejudis kepada kaum ini.
Orang Cina juga tahu bahawa judi itu merugikan mereka. Walaupun ada yang menganggapnya sebagai hiburan, tetapi itu bukanlah sesuatu yang diajar dalam agama mereka kerana banyak lagi hiburan lain yang mereka boleh lakukan.



Sangat terkejut menerima khabar pemergian Almarhum Ust. Hassan Shukri petang semalam. Kali terakhir bertemunya, adalah di Masjid Kg. Batu 5 di Jalan Ipoh pada 25 Mei yang lepas. Ketika itu, beliau turut hadir menziarahi jenazah 
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, tidak ada gunanya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membentangkan usul mengecam Israel di Dewan Rakyat semalam kerana negara secara rahsia masih menjalinkan perdagangan komersil dengan negara haram zionis itu.
Apa yang dikatakan oleh Lim Guan Eng ini wajar direnung rakyat. Tahun lepas begitu banyak projek Kerajaan yang runtuh. Logi Nuklear adalah projek berisiko tinggi dan memerlukan tahap kualiti yang tinggi (Zero Failure). Kegagalan atau kecuaian yang sedikit akan memberikan impak negatif berdekad-dekad kepada negara seperti yang berlaku di Chenobyl, Ukraine pada 1985.
Kolum mingguan baru “MINDA NAIB PRESIDEN PAS” akan memaparkan komen-komen esklusif daripada tiga Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar









