Kubur masing-masing?
“Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati.”-Surah Ali Imran: Ayat 185
Segelintir insan yang bila ditegur suka menjawab “Kau peduli apa. Kubur masing-masinglah”. Juru dakwah yang mendengar pasti akan terkedu dan kecewa.
Hakikatnya, orang yang berkata begitu sebenarnya amat cintakan dunia dan takut mati. Kita patut rasa kasihan dengan mereka, dan teruskan dakwah dengan penuh keyakinan pada Allah kerana setiap yang hidup itu pasti merasai mati. Dan bila sudah mati, barulah mereka tahu kubur itu luas atau sempit macam mana…
Categories: Agama, Cerita Teladan, Dunia Islam, Keluarga&Masyarakat, Tazkirah











