Rumah > Politik > Nik Aziz Ditipu Menantu?

Nik Aziz Ditipu Menantu?


Dari pagi tadi asyik dapat SMS dan panggilan telefon dari sahabat-sahabat Kelantan tentang kemunculan banner misteri yang mendakwa ‘Nik Aziz Ditipu Menantu…Biarkan….Biarkan…”. Nama Ariffahmi terpampang jelas dengan tujuh tuduhan dilontarkan seperti dalam gambar dibawah.

Saya tidak mahu berbicara panjang soal Ariffahmi sebab kes beliau sedang disiasat oleh SPRM dan beliau juga sudah mengumumkan akan meletakkan jawatan pada bulan Mac ini. Bagi saya semuanya yang berkaitan dengan Ariffahmi sudah selesai kecuali kes SPRM beliau yang belum dibuktikan lagi. Maklumlah yang menuduhnya adalah orang Umno, maka pening juga SPRM nak reka bukti untuk kaitkan dengan beliau dan Tok Guru Nik Aziz.

Seluruh rakyat Kelantan dan rakyat Malaysia yang sayangkan Tok Guru pasti kesal melihat banner ini. Jelas banner ini menyerang Tok Guru secara langsung dan mahu menunjukan beliau adalah seorang pemimpin yang bodoh, senang ditipu dan mementingkan kroni.

Adakah Tok Guru seorang yang bodoh sehingga tidak tahu intan dan permata. Beliau memilih Ariffahmi sebagai CEO PMBK setelah berbincang dengan beberapa exco kanan termasuk YB Husam yang kita segani dan juga penasihat undang-undang Kerajaan Negeri. Adakah mereka semua bodoh-bodoh juga!

Bodohkah Tok Guru kerana memilih Ariffahmi sebagai menantu? saya sebagai seorang ayah yang ada anak perempuan pun tidak akan menyerahkan anak saya kepada orang-orang yang tidak diketahui latar belakangnya. Apa lagi kalau dia seorang penipu. Saya akan selidik dulu siapa dia dan saya yakin Tok Guru dan abang-abang Nik Amalina sudah menyiasat semua ini. Yang pasti, bukan senang nak jadi menantu Tok Guru.

Saya juga tertanya-tanya, benarkah Ariffahmi bukan Engineer (Ir). Seorang teman yang juga Ir, sudah menyemak perkara ini tidak lama dulu dah mengesahkan memang beliau adalah Member of Institution of Engineers Malaysia (MIEM) yang berdaftar. Kalau saya yang percaya mungkin ramai yang pertikaikan, itu tak mengapa. Tapi kalau Tok Guru yang percaya, orang yang ada ilmu takkanlah dia percaya buta-buta kalau tak da bukti. Kalau tak benar, sudah pasti Tok Guru sudah menegur beliau kerana itu juga boleh memburukan imej Tok Guru.

Pada saya, salah Ariffahmi adalah kerana dia menantu Tok Guru. Itulah kesilapan beliau yang hakikatnya sudah tersurat oleh takdir Allah. Ramai nak jadi menantu Tok Guru tapi dia yang dapat, jadi tidak mustahil ramai orang yang dengki.

Ok. Cukup pasal Ariffahmi. Saya sebenarnya kesal dengan orang yang menyebarkan banner ini. Secara tersirat, saya melihat banner ini segaja disebarkan bagi memburukkan imej Tok Guru. Secara tersurat, memang nampak macam nak kenakan Ariffahmi. Tapi bila fikir balik, beliau sudah tiada kepentingan.

Ada juga yang kaitkan banner ini dengan penulisan YB Husam yang menegur amalan kroni dalam kalangan pemimpin-pemimpin di Malaysia. Mereka mengambil kesempatan atas teguran terbuka Husam untuk mengenakan Tok Guru.

Melihat kepada reka bentuk dan jenis banner yang digunakan (tarpolin), saya yakin. Ini adalah kerja-kerja terancang yang tidak dibuat bersendirian. Dalang disebalik kerja-kerja memburukan imej Tok Guru ini adalah mereka yang mempunyai sumber kewangan yang banyak kerana saya difahamkan banner ini disebarkan dibanyak kawasan di Kelantan bermula di Kota Bharu.

 

Gambar-gambar  ini diambil dari blog-http://jiwokelate.wordpress.com/

Saya juga terkejut bila membaca komen di blog Jiwo Kelate tentang hal banner ini-”Hai susah sangatkah nak selesai isu ini. Ketika Naib Presiden PAS, Dato’ Mahfuz Omar cadang letak jawatan segera tidak diendahkan …. ha ni lah padahnya”-Nampak macam marah Bro Wan Johari. Saya malas nak ambil pusing, sebab mungkin beliau ada masalah peribadi dengan Ariffahmi.

Tapi saya agak kesal bila beliau menulis dalam entri bertajuk Wan Nik Setpol TokGuru MB;

“Ingat Wan Nik, Jagalah molek Tok Guru tu. Tok Guru, Bila nak buang oghe notis bereti serta merta, bila nak buang anak menantu kena notis tiga bulan. Double standard eh bukan double standard, Baso dia dah TokGuru.

Bukan Anual Bakri sore jah kena berhenti serta merta (24 jam), kawe pun kena juga (bukan bawah TokGuru direct tapi kira bawah kerajaan negeri jugaklah), ambo kena tahun 1994 lagi. Memang Tok Guru ‘baso tak adil mana, bab ni. Maaf la weh, amba kata gitu. Muga ambo ada pengalaman juga. Amba tak perugi duit kerajaan Kelantan RM50 juta pun. Aaah cerita lain kalilah, member-member Bloger ajak makan pulak.”

Saya ingat orang luar jer serang Tok Guru. Saya tak kisah kalau orang nak serang Ariffahmi, tapi kalau sampai keluar banner nak pertikai kredibiliti Tok Guru dan sindir Tok Guru dalam Blog, saya rasa itu tak jantan.

Saya tak fikir Wan Johari ada kena mengena dengan banner tu, tapi kalau komen-komennya sebegitu tidak mustahil ada orang fikir macam itu.

Pada saya, mungkin yang sebar banner tu adalah puak-puak Umno yang mabuk todi sampai lupa yang Tok Guru tu Ulama’ yang banyak ilmu dan bertindak ikut akal bukan nafsu. Kalau bukan puak-puak Umno, mungkin juga fraksi mereka yang tak puas hati dengan Tok Guru kerana dipecat dari PMBK tetapi masih ada ramai kawan dalam PAS yang melindunginya.

Siapa pun dalang disebalik ini semua, memang orang itu patut dilaknat oleh ahli-ahli PAS yang sayangkan Tok Guru. Kalau nak marah pada Ariffahmi, marahlah. Saya dan orang PAS tak peduli, tapi jangan serang Tok Guru curi-curi macam nie. Ini memang kerja orang penakut. Kalau nak Tok Guru letak jawatan, cakap terus terang. Jangan pukul menantu, sindir Tok Guru.

Saya berharap agar mereka yang menganggap diri mereka sebagai Blogger PAS tidak menyusahkan Tok Guru. Hormatilah beliau sebagai Mursyidul Am PAS. Jangan bertindak  ’overboard’ hingga memudaratkan imej Tok Guru dan parti keseluruhannya. Jika Umno menyerang Tok Guru dan PAS melalui isu ini, ternyata anda telah memberikan kerjasama yang baik pada mereka dan memudahkan kerja-kerja cybertrooper Umno menyerang parti. Maka secara tidak langsung anda juga dianggap pengkhianat atau musuh dalam selimut. Dan paling glamer skali, orang akan mula memikir bahawa andalah fraksi Umno yang sebenarnya kerana memberikan banyak peluru untuk Umno menyerang PAS. Jadi saya berharap, hentikanlah kebodohan itu sebelum anda menjadi kuda tungganggan cybertrooper Umno.

Categories: Politik
  1. Januari 5, 2010 at 10:02 pm | #1

    Anta x faham lagi dengan situasi di Kelantan ni…

    -Harap anta berikan maklumat, ana terima macam2 maklumat dan pergi semak dengan beberapa sahabat. Ana tak kisah pasal isu Ariffahmi, tapi jangan babitkan Tok Guru kerana menantu dia sudah confirm akan letak jawatan. Jika terus serang guna cara ini, orang melihat Tok Guru yang diserang bukan Ariffahmi sebab Tok Guru masih Menteri Besar

  2. Januari 5, 2010 at 10:15 pm | #2

    “Beliau memilih Ariffahmi sebagai CEO PMBK setelah berbincang dengan beberapa exco kanan termasuk YB Husam yang kita segani dan juga PENASIHAT UNDNAG-UNDANG KERAJAAN NEGERI”
    - Antara kenyataan yang membuktikan anta belum fahami/mendapat maklumat tepat isu ini sebenarnya

    -YB Husam adalah Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat & PMBK walaupun atas nama Menteri Besar tetapi ia adalah syarikat Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab melapor kepada Jawatankuasa ini. Jadi sebarang pertukaran jawatan tertinggi PMBK, pengerusi kena ambik tahu dan diberitahu. Tok Guru tak boleh buat sesukahati tanpa merujuk exco berkaitan.

  3. Januari 5, 2010 at 11:57 pm | #3

    Salam Herman,

    Saya tertarik dengan ungkapan saudara bahawa Tok Guru sudah berbincang dengan EXCO-EXCO sebelum perlantikan Arif Fahmi di buat sebagai CEO PMBK. Suka saya maklumkan bahawa Dato Husam tidak terlibat dalam mesyuarat Lembaga Penasihat PMBK. Untuk makluman tuan Herman, Tok Guru hanya mengemukakan dalam Mesyuarat Lembaga Penasihat PMBK dalam agenda Hal-hal lain. Biasanya kalau hendak di lantik atau menaik pangkat seseorang dalam mana-mana Perbadanan atau Syarikat, Kertas cadangan perlu di kemukakan dan di bincang secara detail dalam satu agenda khusus baru keputusan di buat. Satu lagi saya rasa perlantikan Arif tidak di bincangkan dalam Mesyuarat dewan Harian atau Perhubungan PAS Kelantan. Cuba Tuan herman Check kalau apa yang saya tulis ni betul atau tak betul. Kita mahu menjernihkan suasana bukan memburukkan suasana.

    -YB Husam adalah Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat & PMBK walaupun atas nama Menteri Besar tetapi ia adalah syarikat Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab melapor kepada Jawatankuasa ini. Jadi sebarang pertukaran jawatan tertinggi PMBK, pengerusi kena ambik tahu dan diberitahu. Tok Guru tak boleh buat sesukahati tanpa merujuk exco berkaitan.

  4. shafifah
    Januari 6, 2010 at 2:23 am | #4

    Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan,Penggunaan Kalimah Allah : http://wp.me/piAx4-12Q

    Buku Baru: Mutiara Ahlu Bait dari Tanah Haram: http://wp.me/piAx4-12J

    Majlis Ilmu dan Qiyamullail Bersama Ustaz Sufian Nur al-Banjari : http://wp.me/piAx4-12w

  5. mohd
    Januari 6, 2010 at 3:45 am | #5

    herman,kamu nampak berat sebelah.

    saya bole memahami niat saudara,dari artikel tuan sejak kerajaan perpaduang ini timbul dan saudara memilih di jalan mana, saya dah bole agak.

    so saya tidak terkejut dengan artikel terbaru ini.

    isu arifami dan nik amalina terlalu jelas untuk org yg berfikiran rasional,kenapa saudara saudara memilih yg sebaliknya,setahu saya saudara agak tajam permikiran.

    Herman-Sahabat, saya hanya mahu menjaga parti dan memelihara kepimpinan. Kita tidak dapat menerima orang yang cuba jatuhkan Tok Guru sama ada dia anak Tok Guru, Menantu atau anak muridnya. Adalah biadap jika menyerang Tok Guru dalam keadaan beliau sekarang turut diserang Umno.

  6. Januari 6, 2010 at 4:40 am | #6

    Salam.
    Mat Islam : Saya rasa dato Husam terlibat dalam Lembaga Penasihat PMBK. Cuma Sdra Herman kena selidiki dengan sumber yang tepat cara pelantikan tersebut dibuat. Saya x nak komen2 dalam medan terbuka ni. Yang pasti… Ariffahmi perlu berudur dengan segera

    Herman-Saya tak kisah kalau nak desak Ariffahmi undur segera, itu kena tanya Tok Guru dan Ariffahmi sendiri. Tapi jangan hina dan fitnah Tok Guru.

  7. kolonel mat
    Januari 6, 2010 at 7:03 am | #7

    masa lantik fadilat(x ceo) dulu tok guru tak refer mesyuarat harian atau mana-mana exco tapi tak jadi isu sebab husam yang pilih. husam buat bising kata tak bincang dan tak masuk mesyuarat sebab ariffahmi bukan proxi dia.

    rancangan utk menguasai pmbk terbantut selepas anak syarikat pmbk habis dikuasai oleh husam. exco lain tak bising pun. husam memang double standard, pilih bulu dan hipokrit. depan tok guru berlakun dan menangis tapi belakang dok cah keting tok guru.

  8. Januari 6, 2010 at 7:29 am | #8

    Ana rasa, anta leh dapat kronologi dengan sapa2 pimpinan kerajaan, dan yakin anta leh dapat. Jika nak suh ana beritahu secara detail dalam ruangan komen ni, sorry.

    Masalagh bukan penghinaan kepada TGNA, tetapi untuk memelihara saupaya TGNA tidak dihina.

    Herman-Boleh email trus pd ana di hermansamsudeen@gmail.com untuk pencerahan

  9. BELAKANG PARANG
    Januari 7, 2010 at 12:41 pm | #9

    INi semua kerja geng-geng Husam Musa. Dewan pemuda PAS Kelantan, setiap saat memikirkan bagaimana cara untuk menyikirkan Arifahmi dari PMBK.

    Padahal Arifahmi telah meletak jawatan dan akan berkuatkuasa pada 24 Mac 2010.

    Keluarga Husam ada syarikat yg mencetak banner dari jenis tapolin ni. Semasa banner hantu dulu ” Arif fahmi bila nak letak Jawatan, Nik Abdul – kami bukan bodoh juga adalah diedarkan oleh Hafez dan AJK Pemuda negeri serta petugas dari jabatan Amal.

  1. Januari 6, 2010 at 4:02 am | #1
  2. Januari 6, 2010 at 4:43 pm | #2

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 59 other followers