SPRM ‘bunuh’ Beng Hock, reman semua pegawai penyiasat

SPRM ‘bunuh’ Beng Hock!!! Mungkin inilah yang tergambar dalam pemikiran mereka yang mula-mula dengar berita kematian mengejut Setiausaha Politik kepada seorang Exco kerajaan negeri Selangor, Teoh Beng Hock tengahri semalam.

Beliau didapati terbaring di di koridor luar tingkat lima bangunan Plaza Masalam dan dipercayai jatuh disitu.

Media melaporkan bahawa beliau berada di Pejabat SPRM sejak pukul 5 petang hari sebelumnya dan dipercayai terjatuh dari tingkat 14 pejabat SPRM Selangor di Plaza Masalam itu.

Ramai yang melihat bahawa kejadian itu bukannya satu kebetulan atau beliau sengaja membunuh diri. Beliau dilaporkan akan mendaftarkan perkahwinan beliau hari ini, jadi tiada sebab beliau mahu membunuh diri.

Jika beliau terjatuh secara tidak sengaja pun masih boleh dipersoalkan kerana bagaimana beliau boleh ‘terjatuh’ di koridor bangunan yang tertutup itu. Lainlah jika beliau jatuh di tangga bangunan itu atau jatuh dari tingkap.

Situasi kematian beliau ini menimbulkan tanda tanya sama ada, pegawai penyiasat SPRM ada mengunakan kekerasan termasuk menolak beliau dari tingkap bangunan itu dengan sengaja.

Itu andaian, dan sukar dibuktikan kerana tiada apa-apa bukti visual ditempat kejadian kerana tiadanya cctv.

Walaubagaimana pun, SPRM boleh menolak persepsi itu dan membenarkan pegawai penyiasat mereka direman untuk siasatan kerana merekalah orang terakhir yang bersama Beng Hock.

Kita kita mahu, masyarakat terus melabelkan ‘SPRM Pembunuh’. Perkara ini perlu diselesaikan secara telus dan SPRM kena bagi kerjasama.

Saya mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang dan kita akan desak agar keadilan untuk beliau ditegakkan.

5 Respons

  1. Kita rakyat tidak boleh berdiam diri lagi. Kita harus sedar akan hak kita dan tuntut pihak bertanggungjawab berikan keadilan untuk Beng Hock. Sangat lucu Berita Harian hanya siarkan kes sebesar ini di halaman dalam dam tidak di muka hadapan…..

  2. takkan dh bunuh campak kat tempat sendiri…SPRM bukan bodoh..lagipun mendiang kan saksi yg diperlukan oleh SPRM…mungkin ada pihak lain yg bunuh n ambil kesempatan agar SPRM dipersalahkan…plaza masalam tu tempat org bebas naik turun…apapun, hanya Tuhan yg tahu..wallahualam.

  3. Mati bunuh diri…atau mati jatuh bangunan tinggi mempunyai kondisi tubuh yang hampir-hampir sama. Kondisi tubuh akan tertiarap kerana keadaan ketika itu mangsa di dalam situasi menghalang bahagian hadapan badan terhentak )satu tindakan luar kawalan otak). Cuba lihat kondisi tubuh mangsa… mengereng… dan lihat seluar mangsa koyak. Apa kaitan seluar koyak dengan jatuh bangunan. Seluar mangsa koyak di bahagian belakang. Rujuk kisah Nabi Allah Yusuff

  4. perhatikan mayat mendiang. Seluar koyak di bahagian punggung. Sekiranya mendiang membunuh diri, takkan beliau koyakkan seluarnya…Di bahagian punggung pulak tu… logiknya … boleh dikatakan ianya disebabkan oleh tenaga rentapan ketika ingin menghumban mangsa melalui tingkap. Terlalu berat kut…jadi terkoyaklah seluar ketika usaha mengangkat mangsa sebelum dicampakkan. Cara mayat ditemui … seolah-olah beliau jatuh seperti terjatuhnya manusia yang telah pun mati ataupun telah pengsan terlebih dahulu. Buat perbandingan gambar orang mati bunuh diri dan cara kedudukan mayat si mati… Saya pasti anda akan mendapat jawapan……

Tinggalkan jawapan