Walaupun majoriti 65 undi, tapi PAS tetap menang

NONETahniah kepada PAS kelantan, khususnya calon YB kita yang baru Abe Uji yang telah memenangi Kerusi DUN N41 Manik Urai dengan majoriti 65 undi. Tahun lepas  Allayarham Pak Su Weil berjaya merampas kerusi itu dari BN dengan majoriti 1352. Pada pilihanraya lalu BN menawan kerusi itu dengan majoriti 53 undi sahaja.

Makna kali ini prestasi pertama Abe Uji lebih baik dari calon Umno 2004, Zulkepli Omar, manakala pesaing beliau Tuan Aziz Tuan Mat hanya mampu mengigit jari.

Kini seluruh negara Umno-BN canang bahawa mereka kalah hanya dengan majoriti 65 undi. Mereka bangga kalah dengan jumlah itu. Tapi malangnya kebanggaan itu tidak bernilai satu sen pun, sebab mereka dah KALAH.

Bagi saya, hakikatnya mereka KALAH dan PAS menang. Hatta kalau PAS menang dengan majoriti 1 undi pun mereka tak boleh buat apa. Hanya bangga menabur berita kekalahan itu. Sungguh memalukan.

Benarkah rakyat khususnya golongan muda sokong BN? ini persoalan yang harus dibawa ke meja Post Mortem.

Apa pun jua, pastinya PAS kelantan dapat menarik nafas lega setelah berjaya menafikan sekali lagi peluang Umno merampas kerusi itu.

Tahniah..tahniah…dan takziah buat Umno……

3 Respons

  1. tahniah dan takziah.. :p

  2. MAJLIS ILMU HUJUNG MINGGU INI :
    SAMBUTAN ISRAK WAL MIKRAJ NABI S.A.W

    Tetamu Undangan Khas YSNS, Tuan Habib Umar Bin Abdul Rahman Al Jiffri dari Jeddah & Madinah al Munawwarah.

    Tarikh : 17 Julai 2009 ( Jumaat )

    Masa : 07.00 malam

    Tempat : Kompleks Yayasan Sofa Negeri Sembilan, 71350 Kota, N. Sembilan.

    Muslimin/Muslimat dijemput dan dipersilakan hadir beramai-ramai bagi menyambut dan memperingati majlis Israk wal Mikraj Nabi Muhammad s.a.w ini.

    AHAD di masjid TAMAN TAR Ampang penceramah yang sama serta mulai jam 6.00 petang

    http://pondokhabib.wordpress. com

Tinggalkan jawapan