Semoga Ust. Nasha Cepat Sembuh
Dipetik dari Blog Ust Nasaruddin Tantawi
Pelbagai pihak termasuk pemerhati politik dan pihak media telah membuat aneka andaian berikutan ketiadaan ustaz Nasharudin Mat Isa Timbalan Presiden di manek Urai .
Semoga ustaz nasha dapat bersabar dengan segala fitnah yang menimpa beliau justeru itu adalah sebahagian dari mehnah dan sunnah orang yang berjuang .
Juga saya ucapkan agar Ustaz Nasha selamat dan cepat sembuh agar kembali dapat melaksanakan tanggungjawab dan amanah perjuangan yang tentunya semakin sukar dan mencabar .
Ustaz nasha yang baru sahaja selesai menjalani pembedahan kecil di Hospital Serdang dan menurut maklumat yang saya terima bahawa beliau akan dibenarkan keluar pada petang ini .
Teruskan perjuangan dengan penuh istiqamah dan ikhlaskan diri , kepada Allah jua kita bertawakkal dan menyandarkan segala urusan kita . Agar tapak kaki terus thabat bersama perjuangan suci ini insyallah .
Herman-Moga beliau sembuh dan insyaAllah beliau akan ke Manik Urai hujung minggu ini bagi menutup mulut jentera Umno yang sibuk menabur fitnah di sana.
Difailkan dalam: Keluarga&Masyarakat, Lain-Lain, Politik




pelik betul. sini kata sakit masuk wad. berita satu lagi kata beliau akan berceramah @ berkempen bersama tok guru nik aziz esok ?