Prototaip pesawat tentera Nazi Jerman iaitu Horten 2-29 mirip Stealth milik Amerika Syarikat
BERLIN – Rangkaian National Geographic akan menyiarkan dokumentari yang menunjukkan Jerman sudah membina pesawat mirip Stealth milik Amerika Syarikat (AS) ketika di zaman pemerintahan mendiang Adolf Hitler.
Pesawat itu sudah dibina 30 tahun lebih awal sebelum AS berjaya memajukan teknologi kalis radar yang digunakan oleh pesawat Stealth.
Namun, jurutera-jurutera tentera Nazi cuma sempat membina tiga prototaip pesawat itu dan gagal meneruskan pembinaan secara besar-besaran kerana tewas dalam Perang Dunia Kedua.
Pesawat yang dikenali sebagai Horten 2-29 dan ujian pertama dilakukan pada Mac 1944 manakala kos pembinaannya ialah AS$250,000 (RM885,001) dengan menggunakan enjin BMW 003A.
Beberapa pakar menyatakan jika pesawat itu dikeluarkan secara besar-besaran, kemungkinan Perang Dunia Kedua akan dimenangi oleh Jerman. – Agensi
Herman-Membaca fakta ini, saya yakin Stealt yang wujud hari ini adalah hasil ciplak prototaip Horten 2-29 yang diperolehi semasa US berjaya menewas Hitler.
Difailkan dalam: Sains & Teknologi




Kite kena belajo kat demo laaa