Trend perceraian artis-artis Malaysia kini semakin hangat. Pantang ada maklumat pergaduhan rumahtangga, maka para wartawan hiburan akan menerjah artis-artis ini. Mereka mencari kebenaran, bertanyakan punca dan tindakan selanjutnya. Ana tidak berminat nak mendengar atau bercerita tentang dunia artis, tetapi bila hukum seperti hukum perceraian sudah menjadi modal gosip. Bagi ana ini sudah memalukan Islam. Maka wajarlah kita menegur agar krisis ini tidak dijadikan modal hidup buat wartawan hiburan ini.
Tekanan demi tekanan pasti akan terus diterima bila kisah pergaduhan rumahtangga artis-artis yang kian retak dibawa ke dada-dada akhbar untuk tatapan masyarakat. Para peminat akan mula membuat andaian dan teori-teori gosip yang akhirnya akan menjerumuskan mereka kepada gejala mengumpat dan fitnah yang diumpamakan dalam hukum Islam sebagai memakan bangkai saudaranya sendiri.
Perceraian adalah kemuncak perhubungan yang sudah retak hingga meleret ke mahkamah. Dari tuntutan cerai hinggalah pembahagian hak dan tanggungjawab, pihak media terus memburu isu. Selesai urusan cerai di mahkamah, pihak media mulai menyepi dan beralih pada artis lain. Akhirnya artis-artis ini sendiri yang rugi.
Padahnya dunia artis ini kerana mereka menjadi mangsa kepada kerakusan media yang sanggup mencari cerita sensasi mereka untuk melariskan jualan akhbar, majalah dan rating tayangan mereka.
Bila tengok rancangan melodi di TV3, rasa meluat juga dengan segmen terjah yang kononnya memaparkan kehebatan para wartawan hiburan ini membongkar rahsia artis walaupun dengan cara yang agak kurang ajar. Lagak mereka sama seperli lagak Paparazi di barat malah mereka jugalah yang sering menjadi punca sesuatu masalah itu menjadi lebih besar dan heboh diperkatakan orang. Dari orang tidak tahu akhirnya mereka tahu. Dengan pengaruh media, masalah rumahtangga yang boleh selesai cara baik akhirnya menjadi lebih buruk.
Wacana sebegini tidak wajar dijadikan sajian. Hal rumahtangga artis atau pun sesiapa adalah urusan mereka. Orang luar atau pihak media tidak wajar mengambil kesempatan dalam kesusahan orang lain yang sebegini rupa. Bukan sahaja memalukan mereka tetapi turut memalukan rakyat dan umat Islam negara ini yang dilihat sebagai tidak bermaruah oleh masyarakat antarabangsa.
Hebat sangat ker kalau kita berjaya mencungkil rahsia kelemahan atau masalah orang lain. Sewajarnya kita berusaha memperbaiki hubungan mereka, membantu selesaikan masalah mereka, bukannya menjaja untuk kepentingan sendiri atau syarikat media.
Jika perceraian itu adalah perkara halal yang dibenci oleh Allah, maka membuka aib orang lain itu adalah antara perkara haram yang dibenci oleh Allah. Maka rugilah orang-orang yang memburu gosip dan cerita aib artis-artis ini kerana suatu hari nanti, ketika dipadang masyhar Allah pula akan membuka aibnya.
Sesiapa jua, tidak kira artis atau rakyat biasa, kita wajar memahami soal hukum dan menjaga nama baik diri sendiri. Perkara aib atau juga masalah rumahtangga ada jalan penyelesaiannya, tetapi bukannya dengan cara menyebarkannya untuk publisiti murahan. Kita punya adab dan nilai dalam menyelesaikan masalah.
Silap perhitungan kita kembali pada Allah, moga disana akan ada jalan penyelesaiannya. Kadang kala kita merasakan punca masalah itu dari pihak sebelah sana, hakikatnya kita lupa bagaimana renggangnya hubungan kita dengan Allah. Jika dengan Allah kita boleh berenggang, maka jangan hairanlah jika esok hari orang sekeliling kita mulai meninggalkan kita. Orang yang disukai Allah itu, pastinya akan disukai manusia. Jika kita ada kesilapan dan kelemahan minta ampun dan rujuklah pada Allah. Hamba mana yang tidak buat kesilapan, pasti ada sahaja yang silap kerana kita ini bukanlah sempurna sebagaimana Allah yang menjadi tuhan kita.
Difailkan dalam: Cerita Teladan, Keluarga&Masyarakat, Sosial




Thumbs up to your observations….saya sangat bersetuju …hal-hal rumahtangga orang bukan bahan/isu untuk di publicise kepada umum…memalukan orang tu berdosa besar and very unethical.
Anda patut hantar artikel ini ke MSM to be shared by the public yang masih melanggani suratkhabar untuk membuka mata dan minda pembaca….
susah hati bila tengok sokabar sekarang..ibu saya pun dah naek nyampah membacanya..yelah..asyik2 pasal artis kahwin cerai..bnda gni kalau tak diperbesarkan takde nya menjadi..memanglah mereka tu artis popular tapi tak kan lah sampai citer dalam kain pun nak tau..wahh..rase hebat sangat lah agaknya dapat tau citer macam gitu..kat kolej saya pun sama..asal time break je mula bkerumun je budak tgok paper sal artis..kadang2 saya amek jugak tau n wat nya sebagai peringatan bila saya nak brumah tgga nanti..jodoh petemuan di tgn tuhan..semua yg blaku ade hkmahnya..
salam.. Memang agak memalukan. Media sekarang semakin bijak. Kita tidak boleh juga pertikaikan bahawa, itu adalah mata pencarian mereka. Mungkin kita boleh aplikasikan sebagai tindakan agresif untuk bergerak kerja. Silap daripada stretegik tidak mustahil. Namun bagaimana kita mengaplikasikan nya dengan keadaan kita di malaysia sekarang. Saya salah seorang yang ingin berkecimpung dalam bidang ini tersentak apabila terbaca isi ini. Harap mereka2 yang mempunyai kesedaran akan bahaya pihak media, berhati-hati lah dalam bertindak. Isalm adalah agama yang suci jgn kita mengotorinya. Murkah Allah tidak akan kelihatan sekarang, mungkin dua tahun akan datang atau tidak pasti. Tapi ambil langka berjaga-jaga
Salam…
Perkara ini memang memalukan pada pedapat saya semua ini berlaku kerana mereka lebih menjiwai semangat Melayu dan bukannya menjiwai semangat Islam…
Islamkan Melayu dan janganlah Islam diMelayukan..
mmg kalu nak dipikirkan yang byk berlakukan penceraian tu belaku dari media…
tapi kita selaku org yg mmapu berfikir juga, tak blh menyalahkan media 100 peratus….
ini kerana manusia mampu berfikir…
bagi artis yg sudah bercerai itu, sepatutnyer paham dan pikirkan sendiri ttg slah sendiri…
kalu nak salahkan media semate2, pun tak blh jugak…
sebab media juga menjalankan tugas mereka selaku penyampai berite..
kalu berite yg berunsurkan negative, kita selaku org yg blh berfikir, harus mengambilnye sebagai satu pengajaran untuk mngelakkan dari perkara sebegitu berlaku pada diri kita sendiri…
betul tak???
renung2kan ape yg betul dan salah….
=)
Artikel ini sejajar dengan artikel yang disiarkan oleh Mingguan Malaysia 7 Duis 2008
Mereka tidak kisah, jaga maruah kita
Lawat blog saya di walinongsari@blogspot.com
Melodi selalu memanipulasi keadaan
‘ Tanyalah Komunikasi Koporat TV 3 – Nas Ahmad PancaIndera Mingguan Malaysia 22 Nov 08 ‘
Saya tertarik menulis artikel ini setelah puas menanti pihak-pihak yang bertanggongjawab berkaitan kawalan penerbitan rancangan hiburan TV. Sejak kebelakangan ini rancangan Melodi kerap dan selalu menunjukkan keaiban seseorang artis. Umpamanya menyiarkan pergaduhan suami / isteri di hadapan kelayak ramai. Bertanya berkaitan kisah keretakan rumah tangga orang. Saya percayai perkara ini di larang Islam menjatuhkan maruah orang. Tetapi Melodi ini lah selalu di ketenggahkan. Megahkan kalau pengacara soal perjalanan rumah tangga orang., pergadugan artis dan sebagainya. Saya harap pihak yang mengawal penerbitan TV buat lah sesuatu untuk memberhentikan kelakuan menjatuhkan maruah orang ini. Ini hanya pandangan saya. Kalau betul bertindakan, kalau tidak biarkan sahaja. Mudah-mudahan maju negara Isalm ini dan di terima dunia sebagai contoh. Apa kata JAKIM
25 Nov 08 Tegur saya kalau pandangan saya salah atau beri sokongan
Telah siar Mungguan Malaysia 7/12/08
Salam..
Pada pendapat sy kes perceraian sbnarnye brpunca dri diri artis itu sdiri..mmg x dinafikan media massa juga memainkan peranan,tp klu xde angin cmne pokok blh brgyang kan??
Ni just pendapat sy je..:)