Obama buktikan warna kulit tidak mampu menghalang kejayaannya

Kemenangan Barack Obama sebagai Presiden Amerika semalam telah mencipta suatu rekod baru dimana rakyat Amerika akhirnya membuat kejutan untuk menerima Senator berketurunan Afrika-Amerika ini sebagai pemimpin nombor satu negara mereka. Sejak Amerika ditubuhkan secara rasminya dengan pengabungan 13 buah negeri diperingkat awal pada tahun 1781 inilah kali pertama mereka yang bukan berkulit putih diangkat menjadi presiden.
Keturunan kaum kulit hitam yang pertama dibawa dari Afrika sebagai hamba abdi adalah pada tahun 1619 di Jamestown, Virginia. Pada awal kedatangan mereka hanya menjadi hamba yang tidak dibayar gaji melainkan sekadar diberi makan minum, kediaman dan pakaian sahaja. Zaman perhambaan ini akhirnya tamat pada awal tahun 1770-an dimana mereka turut terlibat membantu kaum kulit putih Amerika menentang kolonialis British.

