Majoriti lebih 15,000 Anwar kembali MP Permatang Pauh

Oleh G. MANIMARAN
(Dikemas kini, pukul 2300) PERMATANG PAUH: Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berkempen menggunakan tema Merdekakan Rakyat dan moto “Ke Putrajaya Bermula di Permatang Pauh” – kembali muncul sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh – selepas ‘berehat’ selama 10 tahun dengan majoriti 15,671 undi.
Bekas Timbalan Perdana Menteri itu mengatasi majoriti lebih 13,000 undi yang [...]

Tarikh melihat anak bulan Ramadan 31 Ogos

KUALA LUMPUR: Tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menentukan permulaan berpuasa bagi umat Islam di Malaysia tahun ini ditetapkan pada petang Ahad, 31 Ogos ini bersamaan 29 Syaaban 1429 Hijrah.
Lokasi melihat anak bulan Ramadan yang telah diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja ialah Pontian Kecil di Johor, Balai Cerap AlKhawarizmi di Tanjung Bidara, Melaka; Telok Kemang, Port [...]

Anwar Menang Dengan Majoriti Besar

Malaysiakini : Anwar menang besar
8.22 malam: Datuk Seri Anwar Ibrahim mendahului 17, 652 undi daripada penjumlahan 21 pusat pembuangan undi. Tujuh lagi pusat belum diperolehi.
Beliau memperolehi 31,949 berbanding calon BN Datuk Arif Shah Omar Shah mendapat 14,297 undi. Calon ketiga daripada Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) mendapat
8.00 malam: Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memenangi [...]

Pas terus bantah konsert Avril Lavigne

KUALA LUMPUR 26 Ogos – Pas hari ini membantah penganjuran konsert artis Avril Lavigne pada Jumaat ini kerana menganggap ia satu penghinaan kepada Malaysia yang akan menyambut ulang tahun kemerdekaan dan umat Islam yang akan menyambut Ramadan.
Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hassan berkata, menjelang sambutan kemerdekaan, lazimnya kerajaan akan menganjurkan majlis tahlil di seluruh [...]