Bhumibol dinobat raja terkaya di dunia

NEW YORK 22 Ogos – Raja Thailand, Bhumibol Adulyadej dinobat sebagai raja terkaya di dunia dengan anggaran aset sebanyak AS$35 bilion (RM116.897 bilion).
Majalah Forbes dalam edisi terbarunya melaporkan, kekayaan Bhumibol itu jauh melebihi Sheikh Khalifa Zayed Al Nahyan dari Abu Dhabi yang nilai hartanya dianggarkan sebanyak AS$23 bilion (RM76.9 bilion).

Ramlang akui masih ahli Umno dan diarah hadir sumpah Saiful

Oleh Jimadie Shah Othman
Malaysiakini : Imam Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Porigi, menjelaskan beliau telah diarahkan hadir di majlis sumpah laknat oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 15 Ogos lalu, yang mendakwa diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dihubungi Malaysiakini hari ini, Ramlang menafikan sebarang dakwaan yang beliau mempunyai apa-apa niat tertentu apabila hadir di majlis tersebut [...]