Pengalaman Ustaz Haron Din Masuk Dalam Kaabah

Bahagian Pertama (Kuliah Subuh di Mekah pada 18 April 2005)
Saya pernah tawaf di Baitullah seorang diri. Pelik tetapi benar. Waktu itu iaitu empat tahun sudah (2001) saya datang ke Mekah, Allah Taala lah yang mengaturkannya, saya dapat peluang untuk masuk ke dalam Kaabah. Sebab saya datang atas tetamu tokeh yang membuat dan membersihkan Masjidil Haram.
Pagi itu saya datang awal. Pengawal keselamatan baru memagar keliling Kaabah dan saya dapat masuk ke dalam pagar itu sebab saya ada Pass VIP. Ketika itu tetamu-tetamu lain tak sampai lagi. Ketika itu lah saya tawaf seorang diri di hadapan Kaabah. Lepas saya habis tawaf baru tetamu-tetamu lain sampai. Ketika itulah saya nampak Hajarul Aswad seterang-seterangnya, ia tidak lagi hitam tetapi sudah kemerah-kemerahan.
Bila pintu Kaabah di buka saya orang yang ke tiga masuk ke dalam. Pertama pembuka pintu Kaabah iaitu daripada Bani Syaibah.
Pembuka pintu itu sudah tua, dia melatih anaknya yang berumur lebih kurang empat tahun untuk membuka pintu Kaabah itu.
Sejarah pintu Kaabah itu, kalau orang yang lain tidak boleh buka. Dia hanya boleh di buka oleh pemegang kunci itu sahaja dari keturunan Bani Syaibah. Bila Nabi meninggalkan Mekah kerana berhijrah ke Madinah, Mekah di kuasai oleh Bani Syaibah. Bani Syaibah ini adalah keturunan yang di amanahkan untuk memegang kunci kaabah sejak turun temurun.
Bila nabi balik semula ke Mekah dalam tahun 7 hijiriah, berlaku peperangan pembukaan Mekah, nabi menang dan orang Islam berkuasa ke atas Mekah. Nabi menghantar Sayidina Ali untuk mengambil kunci pintu Kaabah daripada Bani Syaibah. Sayidina Ali pergi ke Bani Syaibah dan rampas kunci tersebut. Bani Syaibah serahkan kunci kepada Sayidina Ali tetapi bila pintu Kaabah nak di buka tak boleh. Sekejap sahaja datang Jibrail kepada Nabi membawa wahyu dari Allah. Al-Quran (An-Nisaa’:58)
Mahfumnya “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya”
Nabi bagi balik kunci itu kepada Bani Syaibah, walaupun ketika itu Bani Syaibah belum Islam lagi. Rupa-rupanya bila bagi balik, Bani Syaibah kata mesti dia seorang nabi. Kalau dia bukan seorang nabi pasti dia gila kuasa kerana memegang kunci ini adalah satu penghormatan turun temurun. Bila kunci ini dipulangkan balik, ketua Bani Syaibah terbuka hatinya memeluk Islam kemudian semua pengikutnya memeluk Islam sehingga hari ini.
Budak kecil tadi dibawa tangannya untuk pegang kunci oleh bapanya kemudian di buka dan di tolak pintu itu. Saya lihat di depan saya. Berapa besar pintu itu? Berapa tebalnya? Pintu itu dibuat dari Solid Gold beratnya 8 tan. Dia tolak senang sahaja, kemudian kami masuk.
Mula-mula sekali saya pergi sembahyang di satu ruang belakang pintu Kaabah yang menghadap ke arah Hajaral Aswad (dari dalam) iaitu di bahagian Multazam. Selama sejam saya berada di dalam Kaabah itu.
Di dalam Kaabah itu masih ada lampu yang digunakan pada zaman nabi dahulu. Zaman Kerajaan Umaiyyah ditukar lampu lain seterusnya zaman Kerajaan Abasiyah juga tukar lampu. Apabila lampu di tukar, lampu yang lama di simpan di dalam Kaabah. Berpuluh-puluh atau mungkin beratus-ratus lampu lama ada disimpan di dalam itu.
Bahagian Kedua (Kuliah Pengubatan pada 12-Feb-2007)
Saya membantu salah seorang yang terkaya di Saudi Arabia, multi-billionaire, semua projek di Saudi dia yang buat. Dia ada masalah keluarga mintak tolong saya ikhtiarkan. Allah nak tunjukkan bahawa masalah yang dihadapi itu telah terlalu lama, ada duit yang banyak pun tak boleh selesai.
Dia tunggu saya di airport Jeddah dengan jet peribadi. Saya tak pergi imigresen dia terus ambil saya dari tangga kapal terbang terus masuk ke jet dia. Sungguh kuat pengaruh dia, saya tanya passport saya bagaimana, tak ada masalah dia dah uruskan. Naik jet dia pergi ke Madinah. Saya selesaikan masalah dia dengan izin Allah SWT. Lepas itu biasalah adat orang Arab nak bagi itu nak bagi ini sebagai balasan.
Saya kata kepada dia, “Kalau kamu nak masalah itu selesai selama-lamanya dan tak berulang semula, jangan bagi pada aku apa-apa, kalau kamu bagi, aku boleh terima tetapi masalah itu akan berulang balik.”
Dia mintak maaf tetapi dia kata “Aku nak buat sesuatu untuk kamu apa yang kamu nak?”. Saya kata “Ok kalau begitu apa yang aku nak tolong bawak aku masuk ke dalam Kaabah.” Dia kata “Itu mudah sangat, esok pun aku boleh arah buka”. Saya kata “Tak apalah kamu arahlah”. Dia kata “Tak apa itu perkara kecil, mintak yang lain.” Saya kata “Tidak, itu paling besar pada saya. Kalau kamu boleh bawa masuk aku ke dalam Kaabah, itu sudah lebih daripada cukup.”
Akhirnya saya dapat masuk. Saya masuk dengan dia ke dalam Kaabah, itulah kenangan yang tak boleh saya lupa sampai hari ini.











Tuan Dato Hj.Harun Din memang terror orang nya , kehebatan nya di ketahui umum berkaitan Darul sifak dan dsbnya,bukan calang2 manusia dapat melihat dalaman kaabah,berpintu emas. ( walau pun islam melarang menguna-pakai emas masa solat-tetapi boleh di buat hiasan,di tempat ibadah yg maha suci…wallahuallam…
8 tan? berat tuh..
- Bila migren saya datang, saya dapat melihat bermacam2 warna
- Dlm Islam pun keturunan menjadi factor juga
- Allah menyayangi makluk yg di cipta nya, Islam atau bukan Islam,bukan taraf kedudukan nya -yg lebai tak lebai pun belum geranti diluluskan.
-Ambo tak terdayo menolak lorry 7 tan pun,org tua tu dgn anak nyo,4 tahun tu misti di beri kebolehan luar biasa untok menolak,bab lain pula,kalau manusia skrg ni – kena berkawan dgn JIN atau minum kopi “POWER”(kena minta drp jin juga-aku mahu power).
- Cerita lampu antik berkemungkinan “ajaib”,tak perlu di ceritakan membuat saya menggagap ianya menjadi sebahagian store barang antika aje.
_YG SAYA TERTANYA2 apa yg ada dibawah kaabah….sebab saya belum pernah pergi dan mengintai
- Pada pendapat saya setakat dapat membaca,bersembahyang dan tahu hukum hakam sudah cukup -memandai sebagai org Islam,apa tak lagi jika hanya dapat menyebut ALLAH pada penghembusan nafas yg terakhir,di kira mengcukupi,makin banyak kita membaca makin byk persoalan-bertambah dosa…wallauaallam….
Okey aku minta ampun maaf …tersalah kato..maklum lah setahu aku keturunan kaum BANI… .aje berkelayakan menguruskan kakbah..pada masa dulu. zaman dah berubah bukan america aje bueh gie ke bulan ..kita pun dah menerokai..dgn feedback back drp ustaz surau al-amin t.d.w.k..mengakui dapt intai ke dalam kaabah secara kebetulan ..aku akui…apa yg kita ragu2 dah jadi kenyataan..AMPUN MAAF KU PINTA OKEY…WALLAHUALLAM
Subhanallah . La hawla wallah quata allahi billah . Maha suci ALLAH yang mengangkat darjat sesiapa sahaja yang DIA Kehendakki .
salam,
hmm pakkochok, kan ke kita umat Islam ni disuruh membaca siap ada lagi surah pertama yang turun kat nabi suruh baca / I’qra. So, apa citer ni. Suruh baca utk jawab persoalan dalam minda kita n tambah ilmu pengetahuan. Kalau ada persoalan lagi, kita baca la lagi tuk jawab persoalan tu. kan dah cakap, kita ni blaja hingga ke liang lahad. Apa-apa pun persoalan, kita balik semula kepada Al-Quran dan Sunnah, jangan memandai wat idea mengarut, so xtambah la dosa. Ni sesetengah orang, dah ternyata jelas dalam Al-Quran pasal sesuatu perkara, pastu dia still nak pesong dari Al-Quran.ha yg jenis pemesong ni la yg dapat dosa.
aku sokong tasha punya ayat tu
yes pakkocok..goreng pisang sekali masuk lima kupang..maaf ia nak mengigatkan kembali kata2 gurauwan senda ..masa jadi budak sekolah..tu ya..pakkocok.. melihat dalam kaabah niee..zaman milliniem nii dah jadi kebiasaan aje..sapa2 pun dapat melihat kalau secara kebetulan di buka semasa berada disitu..baru2 ini ada ustaz kata dia pun ada terlihat semasa disitu..dia lihat kekosongan aje ..tak de apa apa di dalam nya..wallahuallam
U ARE RIGHTS
beristifarlah pakkochok…
aku paling benci [ ada BNNNNNNNNNN BABI
allhamdullilah
mnggu lps..tme aq tngh tngok tv..aq bkk channel oasis kt astro..lps 2..ad seorng pakcik neyh dri johor..dier crita time die kat haji..time 2 die tngh dduk dkt jambatan dpn kaabah ngn seorang hamba allah dri negeri mane tah..tbe2 time smua orng tngh mengelilingi kaabah suddenly,,pkcik 2 ngn hamba allah sbelah dier nmpak pintu kaabah 2 terbukak dgn sndiri..dier tros mnangis..dan dier ta na cerita coz orng ckp klo crita leyh gler..
bkn snang leyh tngok isi kaabah,,hnya yg dpt hidayat shaja bleyh..dn hnya kturunan nabi(lpe nabi aper)bleh mmbuka pin2 kaabah..
———aqish——
MasyaAllah maha suci ALLAH…ada duit pegilah ke Mekah melihat Kaabah…….
Maha suci ALLAh..alangkah nikmatnya kalau kita sebagai hamba yang tiada apa2 ini dapat masuk dlm kaabah dan melihat sendiri tentang kekuasaan ALLAH S.W.T.. Yang Dihormati Dato’ Harun Din yang dapat memasuki dan melihat dlm kaabah merupakan satu kesyukuran yang telah diberikan oleh ALLAH kepada beliau.. Alhamdullilah..
Cari cerita tentang Dato’ Harun Din bermimpi berjumpa dgn Rasullah s.a.w. JazakAllah
ambo pun merayu lah kat demo yg ado experoences tu…turun lah sikit ilmu pengelaman demo tu..dapat laa kito kongsi bersamo ..tak do lagi terpinga2 betul ko..nii..ko kato2 ako nie..maklum lah zamein millinium nie macei2 dah jadi nyato …yein tak leh dah leh lak…kei
Terdapat lebih daripada 30 buah kuil Buddha di seluruh Kelantan. Ini adalah agak pelik memandangkan penduduk Kelantan terdiri daripada 95% beragama Islam. Antara kuil yang paling popular ialah Wat Pothvihan yang terletak di Cabang Empat, yang menempatkan patung Buddha yang panjangnya 40m. Patung yang sedang berbaring ini dianggap antara yang terbesar di dunia dalam kategori yang serupa dan ia dikenali sebagai “the sleeping Buddha”. Wat Uttamaram pula yang terletak di Pasir Mas dianggap sebagai kuil Buddha tertua dan tercantik di Malaysia…..
(The most popular Buddhist temple in Kelantan would be the Wat Pothvihan near Cabang Empat, which houses the 40m long reclining Buddha (one of the largest of its kind in the world) draped in pink robes — it is larger than the one in Wat Chaiya Mangkalaram in Penang. This statue took six years to build. It is known as the sleeping Buddha…..)
Kite kene leh seledek dok mane, usul asal demo lah..
baramgkali..sesiap pun leh masuk sekarang nie kot..tak kira ketutunan ..bangsa apa.. status kedudukan nye..org malaysie dah hebat…dag sampei bulan pon..
Dah sampei bulan…….?!!!
Wuih…,betuahnye orang malaysia itu ye kalo dah sampe ke bulan !
Setau aku le orang malaysia tu baru je sampei ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) dan bukannye ke bulan !
Woi kawan sila baca fakta betul2
Misi angkasawan Malaysia
Beliau berlepas ke angkasa pada 10 Oktober 2007 dengan menaiki Soyuz TMA-11 yang dilancarkan oleh Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS). Beliau menyertai program ini di bawah perjanjian bersama Russia menerusi program Angkasawan, dan telah kembali ke Bumi bersama ahli-ahli Ekspedisi 15, Fyodor Yurchikhin dan Oleg Kotov selepas sembilan hari berada di stesen berkenaan.
Misi selama 11 hari ini telah berjaya dilangsungkan dari 10 Oktober 2007 jam 9.21 malam waktu Malaysia dan selamat kembali ke bumi pada 21 Oktober 2007 pada jam 6.44 petang waktu Malaysia. Beliau merupakan orang Islam pertama yang menjalani ibadah berpuasa dan menyambut Hari Raya Aidilfitri di angkasa lepas.
Semasa sidang akhbar NASA dengan ahli-ahli Ekspedisi 16 pada 23 Julai 2007, Shukor menyatakan bahawa beliau berharap untuk membawa pelbagai kultur sel hidupan untuk dipelajari semasa penerbangannya.
Sebagai rujukkan sila lawati website berikut :http://ms.wikipedia.org/wiki/Sheikh_Muszaphar_Shukor
barangkali..sesipa pun leh masuk sekarang nie..ada kelebehan okey lah..tak kira keturunan atau bangsa apo sekali pun…status kedudukan nyo..bulan pun dah gie..pakkochok ..kou pun leh panjat everest..kalo tak larat pakei halikopter …macam member lama i tu…
allahamdullillah..pak kocok pun dah akui kebenaran nya atas ‘kebolehan’ insan malaysian ini …shabas ustaz dato harun din pengasas darul shifaq…astifar…
islam the greatest. Muhammad S.A.W the best people in the world. Kte beruntung menjadi umat Muhammad S.A.W.
I supports u 111%
Asmkwmtllhkth…MY DEAREST PAKKOCHOK, PLEASE TYPE ”Pengalaman Ustaz Haron Din Masuk Dalam Kaabah” ON THE WRB ..U WILL FIND THE SOLUTIONS,SOMETIMES FORBIDDEN SUBJECTS in those days principles CAN BE CHANGED WITH TIME AND ENVIRONMENTS,GUEST U SHOULD READ MORE..TO WIDEN URR KNOWLEDGE..THEREFORE SELAMAT BERPUASA AND BERHARIYA..MAAF ZAHIR BATIN TO U AND ALL MEMBERS HERE…
Hi asmkum..tuan 2 dan puan2 yg di hormati, tahun kongsi laya pun dah lenyap tak kedengaran lagie ..bagaei mano pun , mat nak ucapkan selamat berhari raya kat semua members dan pembaco kat sini..ampun maaf ku pinta kalu ada kata2 yg kurang menyenang de ati hati….jumpo lagie
untok dapek peluang untok nengok apa kah benda dalam kabbah kena ad cable menolong sebagei balasan….jadie vip..keistimewaan mengastasi yg lain..seolah2 ..golongan tertentu ajerr..bernaseeb baik..wallahualam
Mu ado cable ..naseeb baek leh selalu..tapie kalo mu tak bernaseeb..am sorry lah yerr..apo apo puin leh buek jadie kalo terpilih..kaabah tu had demo..memilih orang tertentu atas sobab kehendak peribadie..wallauaallam