Sudah masanya untuk Pakatan Rakyat, Khususnya PAS untuk mengambil tindakan yang tegas terhadap dasar-dasar dan penerapan Islam Hadhari yang lebih kepada materialistik di lima negeri yang diperintah. Inilah masanya, untuk kelima-lima negeri ini menerima cahaya Islam yang sebenarnya dan bukannya Islam Hadhari, Angka Sawan dicari!
Penerapan nilai-nilai Islam sebenar yang mengutamakan amalan dan juga pengukuhan akidah wajar mengantikan agenda Islam Hadhari yang kini sudah tidak releven. Islam Hadhari ala Umno juga telah banyak menyesatkan pemikiran ummah dan meninggalkan akidah diposisi kedua kehidupan dengan pembinaan pelbagai mercu tanda kejahiliyahan diserata negara.
Pembaziran dan juga penganiayaan akhlak harus dibanteras dengan memansuhkan segala projek yang dibina atas nama kemegahan dan juga kebanggaan. Segala aktiviti yang menjuruskan rakyat kepada pemahaman sempit terhadap Islam yang sebenarnya lebih toleran dan saksama haruslah dimansuhkan.
Segala akta dan kezaliman tindakan dari pihak berkuasa yang tidak mencerminkan keindahan muamalat Islam haruslah diketepikan.
Islam Hadhari haruslah dikuburkan dalam satu liang lahad bersama Umno. Inilah masanya Islam kembali memugar pemerintahan dan membajai ketajaman sentuhan Pakatan Rakyat.
Difailkan dalam: Agama, Keluarga&Masyarakat, Politik




[...] http://syukran.wordpress.com [...]
Tak perlu tergesa-gesa haramkan islam hadhari kerana ia perkara furu’ sahaja… berbeza istilah dan penggunaan dan berbeza pendekatan…
tapi haramkan dulu yang pokok yang diutamakan oleh Islam iaitu
1. Arak tak kira daripada pengilangan , pengedaran dan peruncitan terutama kepada Muslim… lebih elok tak ada langsung..sebab daripada araklah pelbagai masalah sosial masyarakat berlaku….
Allah dan rasul juga mengharamkan apa saja aktiviti berkaitan arak.
2. Harapkan Hiburan terlampau yang wujud di selangor tak kira namanya sure heboh, jom heboh atau akademi fantasia.. pergaulan bebas… solat entah ke mana….
3. haramkan juga kativiti merempit di selangor sebab membunuh nyama sendiri dan juga orang lain
4. haramkan kegiatan dadah di selangor
5. haramkan pendedahan aurat di selangor
Ini tak nak haramkan benda yangberkaitan politik…
Tengok bagaimana Tok Guru Nik Aziz handle Islam Hadhari… cantik, smart dan begitu berstrategi Tok Guru…
Kata Dr Hassan Ali orang yang pernah berada di SUK selonagor dulu tapi pemikiran dah tak de strategi.. maybe dalam dada penuh emosi dan dendam kesumat sampai aqal gagal berfungsi sebagai “the wise man”