Gadis 17 tahun mengembara dari Terengganu ke KL jual tubuh
Sebaik sahaja melihat muka depan akhbar Harian Metro pagi semalam, teringat kisah Sufiah dan lain-lain gadis melayu yang kini merelakan diri mereka untuk menjadi HAMBA SEKS. Demi mendapatkan wang dan keseronokkan mereka sanggup jual tubuh.
Gadis 17 tahun dari Terengganu ini mengembara setiap minggu ke KL untuk menjual diri. Dalam satu malam sahaja pendapatan beliau boleh mencecah RM 12000 melebihi dari pndapatan Sufiah di UK.
Selain dari pekerjaaan itu, persamaan mereka adalah kerana mereka ini tergolong dalam kategori orang yang BIJAK dalam pelajaran, cuma mungkin kerana inginkan keseronokan
dan kemewahan mereka lupa tentang hukum dan dosa pahala.
Tahun lalu, teman-teman PERANTAU bangkit memberikan reaksi yang hebat bila pemudawilayah keluarkan kenyataan ‘Terengganu Darul Pondan’, harap kali ini mereka juga dapat berikan respon. Moga respon itu lebih kepada tindakan dan harap dapatlah membantu gadis ini dan keluarganya.
Masalah sosial dan maksiat di Kuala Lumpur memang banyak, tapi inilah realitinya. Jumlah yang banyak itu bukannya berpunca dari penduduk KL sahaja. Ramai juga rakyat dari negeri lain yang singgah disini untuk berpesta, termasuklah warganegara asing.
Satu cara untuk membantu kami di KL ini adalah dengan membantu anak-anak remaja di negeri sahabat-sahabat semua. Bila dewasa mereka seronok datang KL, tapi disini ramai yang tersesat dan lupa diri. Jika ditambah lagi dengan teknologi canggih di alam siber dan juga telefon mudah alih maka mudah mereka merosakkan diri sendiri jika tidak dipantau.
Dalam menangani masalah sosial ini, kita tak perlu tuding jari sahaja..marilah bersama kita membantu mereka untuk kembali ke pangkal jalan
KUALA TERENGGANU: Dia baru berusia 17 tahun dan bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini. Namun, jumlah wang dalam akaun banknya kini sudah melebihi RM80,000 walaupun dia bukan daripada keluarga kaya.
Rahsia kemewahannya hanya terbongkar selepas pelajar perempuan itu terpaksa dimasukkan ke sebuah hospital swasta di ibu negara kerana kemaluannya cedera, Mac lalu.
Sumber sekolahnya di sini memberitahu Harian Metro, kecederaan itu sekali gus menjawab persoalan kenapa pelajar itu sering berulang-alik ke ibu negara hampir setiap minggu sejak tiga tahun lalu.
Ini berikutan dia dikatakan menawarkan khidmat seks dengan mengenakan bayaran antara RM2,000 hingga RM4,000 sekali perkhidmatan tanpa disedari anggota keluarganya.
Kegiatan sumbangnya mula dihidu pengurusan sekolah selepas pelajar itu ponteng selama beberapa hari.
Sumber itu berkata, apabila pelajar terbabit tidak hadir ke sekolah selama beberapa hari, seorang guru diarahkan ke rumahnya untuk bertanyakan keluarganya yang ternyata terkejut besar dengan tindakannya.
Tambah mengejutkan, hasil siasatan dilakukan, pelajar terbabit didapati mempunyai simpanan lebih RM80,000 dipercayai hasil kegiatan tidak bermoral itu.
Difahamkan, pelajar terbabit dikatakan mampu memperolehi bayaran antara RM8,000 hingga RM12,000 semalam dengan melayan pelanggan kaya yang diuruskan orang tengah termasuk ahli perniagaan dari luar negara.
Pelajar yang mempunyai perwatakan menarik dan dikatakan turut cemerlang dalam pelajaran itu didakwa sudah melakukan kegiatan itu sejak 2006 sehinggalah tembelangnya terbongkar dua bulan lalu.
Dia dikatakan sering berulang-alik ke ibu negara pada setiap malam Jumaat dan hanya berada di sana selama semalam bagi mengelak kegiatannya dihidu ahli keluarga dan pihak sekolah.
Difahamkan, kegiatan pelajar itu terbongkar selepas dia terpaksa dimasukkan ke sebuah hospital swasta di ibu negara untuk menerima rawatan lanjut berikutan kemaluannya cedera selepas melakukan hubungan seks dengan pelanggan dari Timur Tengah.
Pelajar itu dikatakan menerima bayaran RM4,000 untuk melayan pelanggan berkenaan, namun kecederaan dialami itu menyebabkan dia terpaksa ponteng sekolah selama beberapa hari untuk menerima rawatan, sekali gus membongkar kegiatan sumbangnya.
Sumber memberitahu Harian Metro, hanya segelintir guru mengetahui perkara itu dan ia sengaja dirahsiakan bagi mengelak masa depan pelajar berkenaan terjejas.
Hasil siasatan mendapati pelajar terbabit biasanya akan menaiki kapal terbang pada setiap malam Jumaat sebelum dijemput sebuah kereta mewah untuk dibawa ke hotel mewah di ibu negara bagi melayan pelanggan yang sedia menunggu.
Harian Metro difahamkan, kegiatan pelacuran membabitkan pelajar perempuan di negeri ini mula dikesan sejak lima tahun lalu tetapi sukar dikesan pihak berkuasa kerana pelajar terbabit dikatakan menjalankan kegiatan mereka di ibu negara.
Herman – Bijak, tapi sayang jadi begini…teman-teman perantau perlu bantu anak ini
Difailkan dalam: Pelbagai




Aiyok.. apa sudah jadi dengan budak2 kita ni…
Inilah dunia material..
sanggup menggadai maruah diri untuk duit..
Wallahualam… Semoga beliau akan diberi kesedaran…
Pendapat saya,seruan untuk membantu gadis tersebut dan keluarganya bukan hanya patut pada kalangan anak Terengganu di perantauan sahaja,kan lebih baik semua pihak yang rasa mampu bertanggungjawab tampil membantu demi anak bangsa kita?
mz_mn@hotmail.com
http://atmanurani.blogpot.com
http://mzmn.wordpress.com
ni kes mak bapak terlalu percaya pada anak2 la ni.
Inilah donia…
mungkinkah di negerinya terlalu miskin, tiada pekerjaan maka dia pun berdagang ke kota setiap hujung minggu…
kira skim cepat kaya la jugak ni ..
mula-mula kaya..lama-lama kayap ..
mujur tak kena hiv-aids ..
kalau tak menyesal seumur hidup ..
peh ngan pelanggan dr timur tengah tu
berani budak2 zaman sekarang….biarpun umur masih muda….harap2 dia cepat taubat la…
belum tau lagi bebas hiv. virus tu kan dorman. lagi 4 5 tahun baru menyesal.
[...] Kembara memburu kemewahan [...]
ish3 budak zaman skarang… x kan x leh tahan kot nafsu tu?? dosa besar!!!!
askm..
Dewasa ini ‘mak bapak dok ngaga je’ .. mustahil kehilangan setiap malam sabtu tidak diketahui keluarga. naik kapal terbang lagi tu.. Saya fikir keluarga moden sekarang baik dibandar mau pun dikampung dah hanyut…. malah sosial dikampung kadang-kadang lebih teruk…. ye lah sekarang dah ada Astro, VCD malah TV kita pun bangga sangat nak kejar rating.. tak kisah cerita apa pun nak ditayang.. tengok lah Jomheboh – terkinja sana terkinja sini…sikit-sikit artis…. macam tak ada insan lain nak dijadikan ikon. Saya rasa pak menteri penerangan (orang ganu gok) kene tengok bende ni. Jangan asyik nok carre ke politik nok baloh dengan parti – hok core bisness sepatut dia buat..dok buat… guane.. TV le ni mesohor sangat dengan rancangan hiburan… ni hok bulehnya pada masyarakat……. lu pikir la sendiri