Rumah > Jenayah, Keluarga&Masyarakat, Keratan Akhbar, Undang-Undang > Penduduk Taman Medan gempar penemuan anak patung Sharlinie

Penduduk Taman Medan gempar penemuan anak patung Sharlinie


PATUNG yang diletakkan individu yang tidak dikenali berhampiran dengan rumah adik Sharlinie ini telah mengemparkan penduduk Taman Medan malam semalam.

———————————————————

PETALING JAYA – Penduduk Taman Medan PJS 2 semalam gempar dengan penemuan anak patung milik kanak-kanak perempuan Sharlinie Mohd Nashar, 5, dipercayai diculik, yang diletakkan di atas sebuah tembok jalan kira-kira 100 meter dari rumahnya.

Patung itu dalam keadaan duduk dikatakan diletak oleh seorang lelaki yang menaiki Proton Wira berwarna hitam bersama seorang pemandu.

Menurut saksi, seorang penjual burger, anak patung berukuran satu meter itu diletak oleh lelaki terbabit sebelum bergegas meninggalkan tempat itu.

Penemuan terbaru itu menimbulkan rasa kehairanan penduduk setempat sehingga menyebabkan orang ramai berpusu-pusu ke tempat tersebut untuk melihat apa yang berlaku sekaligus mengundang misteri sama ada ia berkaitan dengan kehilangan Sharlinie.

Polis yang tiba pada pukul 10.40 malam, membawa anak patung itu ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya (IPDPJ) untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis IPDPJ ACP Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi Bernama mengesahkan penemuan itu dan berkata siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenalpasti sama ada ia ada kaitan dengan kehilangan Sharlinie.

“Kita tidak tahu apa motif sebenar patung itu diletakkan di sana. Polis akan jalankan siasatan,” katanya.

Sharlinie dilaporkan hilang ketika bermain bersama kakaknya di taman permainan yang jaraknya kira-kira 200 meter dari rumah mereka pada pukul 11.30 pagi Rabu lepas. — BERNAMA

Herman – Bapa Sharlinie, Mohd Nashar mengesahkan bahawa itu bukan patung milik anaknya.

  1. Januari 13, 2008 at 6:13 pm | #1

    damn! da macam filem Hollywood plak di’buatnya…

  2. aieydaanieys
    Januari 14, 2008 at 5:34 am | #2

    main-main lah korg nih…..

  3. Januari 14, 2008 at 6:23 am | #3

    Aku dengar patung tu di sumbat dengan terung.. Betul ke?

  4. arnchom
    Januari 15, 2008 at 8:51 am | #4

    lagi lagi kanak-kanak jadi mangsa daaaa……

  1. Januari 14, 2008 at 4:13 pm | #1

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 59 other followers