Kelantan keluar dinar emas lima dinar

KOTA BAHARU 26 Sept. – Berikutan sambutan memberangsangkan untuk mendapatkan dinar emas sejak dikeluarkan pada September tahun lepas, Kerajaan Negeri Kelantan bercadang mengeluarkan pula kepingan dinar emas bernilai muka lima dinar.

Lelaki mati ditembak UTK dalam drama tebusan

BINTULU: Seorang lelaki mati ditembak dalam satu drama tebusan selama 18 jam di Taman Li Hua di sini hari ini.
Lelaki berumur 40-an itu mati ditembak sepasukan sembilan anggota Unit Tindakan Khas (UTK) kira-kira 5 pagi tadi, setelah dia menahan seorang anak saudara lelakinya, 6, dalam rumah itu.

NUTP minta sekolah henti peperiksaan

KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) meminta sekolah yang sedang mengadakan peperiksaan akhir tahun atau akan mengadakannya sebelum Aidilfitri menghentikannya serta-merta kerana boleh menjejaskan prestasi murid.

Import ayam Thailand dibenar tampung bekalan

Oleh Haika Khazi
PUTRAJAYA: Kerajaan akan membenarkan import ayam dari Thailand jika bekalan daging itu di pasaran terus berkurangan menjelang Aidilfitri berikutan pengurangan pengeluaran.

Beginikah realiti kehidupan artis kita?

MEMBACA tulisan Kakak Tua dalam bicaranya “Mulut Berkata Riba Menanti” pada 17 Sept lepas, kepala mengangguk sendiri tanda setuju dengan apa yang dikupaskan, itulah realiti yang sedang berlaku dalam dunia artis hari ini.

4 murid tadika lemas di tali air

Oleh Fazallah Pit
KEPALA BATAS: Empat kanak-kanak lelaki berusia antara lima dan enam tahun lemas ketika mandi di tali air dekat rumah pam Sungai Kreh, Lahar Tembun, Tasek Gelugor di sini, semalam.

KPN nafi pembunuh Nurin Jazlin ditangkap

Oleh KHAIRUL AZRAN HUSSEIN
PETALING JAYA 26 Sept. – Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan hari ini memberi amaran kepada media supaya tidak membuat spekulasi berhubung penahanan seorang lelaki disyaki pembunuh kanak-kanak malang, Nurin Jazlin Jazimin.

Lelaki Disyaki Pembunuh Nurin Akhirnya Berjaya Ditangkap

Kuala Lumpur, 27 September 2007 : Berita Radio IKIM pagi ini melaporkan bahawa pihak polis telah menahan seorang suspek petang semalam berhubung kes pembunuhan Nurin Jazlin Jazimin, 8.
Suspek berkenaan adalah seorang lelaki berusia 41 tahun dan bekerja sebagai ’orang tengah’ syarikat pelancongan di Petaling Jaya.