Rumah > Cerita Teladan, Keratan Akhbar, Relax, Sosial, Surat Pembaca > Siapakah Mokhtar Dahari?

Siapakah Mokhtar Dahari?


Allahyarham Mokhtar Dahari yang masih dikenang sehingga ke hari ini walaupun hayatnya sudah bersemadi hampir 15 tahun lalu.

Biarpun ramai generasi muda masa kini tidak mengenali dengan dekat bintang negara itu, tapi hampir semua pasti pernah mendengar namanya – pemain dengan bakat semulajadi yang mengangkat imej Malaysia setaraf dengan jaguh bola sepak dunia. Paling ketara Pestabola Merdeka yang menjadi gelanggang dia mempamer taring dan kehebatannya.

Pada usia 23 tahun, Mokhtar atau lebih terkenal dengan jolokan SuperMokh diiktiraf Majalah World Star Soccer sebagai penyerang terbaik Asia dan ketika itu jugalah dia dinobatkan Olahragawan Kebangsaan 1976.

Kelebihan dimiliki ‘Supermokh’ banyak dengan sepakan deras bak peluru menjadi elemen penting hinggakan tiga jari mendiang R Arumungam, bekas penjaga gol negara pernah patah ketika cuba menampannya. Itu belum dikira bijaknya penyerang ternama negara itu membaca gerakan lawan dan meloloskan diri.

Dengan 167 kaps antarabangsa, dia berjaya meletakkan Malaysia di kedudukan tertinggi pentas bola sepak Asia seterusnya mampu membuka mata dunia hingga kuasa bola sepak dunia. Skuad England B bimbingan Bobby Robson turut merasa bahangnya selepas diikat skuad negara 1-1 hasil jaringan menakjubkan Mokhtar.

Walaupun kelibat pemain istimewa seperti Mokhtar yang tiada galang gantinya sehingga kini sudah lama meninggalkan kita, bayangan kehebatannya tidak pernah padam apatah lagi apabila mengingati susah payah anak kelahiran Setapak, Kuala Lumpur itu mencipta nama walaupun dia memang sudah memiliki kurniaan yang tiada pada orang lain.

Mokhtar sangat gigih ketika latihan, sejak di bangku sekolah lagi dia yang menuntut di Victoria Institution tidak pernah jemu berlatih sehingga namanya sudah sebati dengan di skuad kebangsaan pun dia masih sama apabila terus mengawal bola sambil menggelecek tiang-tiang kecil sebelum melepaskan tendangan kencang ke gawang yang kosong untuk menajamkan kuasa pemusnah yang ada pada dirinya.

Malah dia tidak suka diganggu ketika latihan apatah lagi mengaitkan kemasyhuran dirinya di padang dengan kehidupan peribadi hingga menjadikan dia idola paling diminati.

Apapun kehilangan permata paling berharga bola sepak negara itu tidak seharusnya ditangisi sampai bila-bila dan generasi sekarang sepatutnya cuba menjadikannya sebagai motivasi meningkatkan diri supaya bola sepak negara kembali segar seperti sebelumnya.

Berikut diperturunkan sedikit maklumat yang dapat dicari oleh pihak editor untuk golongan muda masa kini.

TARIKH LAHIR: 13 November 1953, di Setapak

ISTERI: Tengku Zarina Tengku Ibrahim

BAPA: Dahari Abeng

EMAK: Maimon Sadikin

ANAK: Mohamad Redza, Nur Azera dan Nur Arina

KELAB: Kelab Sultan Sulaiman, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Talasco, Kwong Yik Bank

MULA WAKILI SELANGOR: Piala Burnley 1971

PIALA MALAYSIA: Wakili Selangor 1972

MULA WAKILI NEGARA: Pestabola Merdeka 1972

TERAKHIR WAKILI NEGARA: Pra-Piala Dunia menentang Korea Selatan di Seoul 1985

KAPS: 167

GOL PIALA MALAYSIA: 177

GOL ANTARABANGSA: 125

JARINGAN TERBAIK: Gol penyamaan menentang England B pada 1978

PENCAPAIAN: Membantu Selangor memenangi Piala Malaysia 10 kali. Menang pingat gangsa Sukan Asia 1974 di Teheran

ANUGERAH: Olahragawan Kebangsaan 1976

FAKTA: KRONOLOGI MOKHTAR

1971: Mewakili Selangor dalam Pertandingan Piala Burnley (sekarang Piala Razak), di Kuching, Sarawak. Perlawanan pertama menentang Kedah dan menjaringkan gol pertamanya pada perlawanan itu.

1972: Kali pertama turun mewakili pasukan utama Selangor menentang Kelab Hitachi dari Jepun dan perlawanan akhir pertama Piala Malaysia ialah ketika Selangor menewaskan Perak 3-0 dengan Mokhtar menjaringkan satu gol. Mula mewakili Malaysia di Kejohanan Belia Asia, di Bangkok.

- Kali pertama terpilih mewakili pasukan utama Malaysia ke Kejohanan Piala Jakartaraya. Perlawanan pertama menentang Sri Lanka.

1973: Mewakili Malaysia ke pra Piala Dunia di Seoul. Kali pertama beraksi di Pestabola Merdeka menentang Kuwait pada perlawanan akhir. Malaysia menang 3-1 dan Mokhtar jaringkan dua gol.

1974: Mencipta gol terbanyak dalam satu perlawanan antarabangsa apabila menjaringkan lima gol ketika menentang Filipina di Sukan Asia Teheran.

1975: Mewakili negara menentang Arsenal. Malaysia menang 2-0. Mokhtar menjaringkan kedua-dua gol itu.

1976: Mendapat kaps Malaysia ke-100 ketika menentang Jepun di Pestabola Merdeka.

1977: Mendapat Anugerah Olahragawan Kebangsaan 1976.

1980: Kembali beraksi di Pestabola Merdeka dan membawa negara muncul naib juara selepas tewas kepada Maghribi di final. Membawa negara meraih pingat emas Sukan Sea pertama apabila menewaskan Thailand 2-0 pada perlawanan akhir. Mokhtar menjaringkan 1 gol.

1978: Menjaringkan gol penyamaan ketika menentang England `B’. Perlawanan berkesudahan seri 1-1.

1979: Kali pertama dipilih menjadi ketua pasukan Piala Malaysia Selangor (menentang Tentera) apabila Soh Chin Aun enggan meneruskan tugas itu. Mengakhiri zaman bujang selepas berkahwin dengan Tengku Zarina Tengku Ibrahim. Mempertahankan pingat emas Sukan Sea dengan mengalahkan Indonesia 1-0 menerusi jaringan gol tunggal. – Mengumumkan persaraan arena bola sepak antarabangsa.

1981: Menerima kad merah pertama dan terakhir dalam kariernya ketika menentang Singapura (Piala Malaysia). Pengadil `bersejarah’ itu ialah Othman Omar. Mewakili negara ke pra Piala Dunia di Kuwait. Malaysia dikecam kerana gagal. Mokhtar mengumumkan persaraannya bagi kali kedua.

1982: Mengetuai Pilihan Selangor menentang Boca Juniors yang diketuai Diego Maradona.

1985: Kembali menyarung jersi negara ke pertandingan pra Piala Dunia di Seoul menentang Korea Selatan. Malaysia tewas 0-2 dan Mokhtar mengumumkan persaraannya bagi kali ketiga dan terakhir.

1986: Memimpin Selangor menjadi juara Piala Malaysia dan muncul sebagai `Pemain Terbaik Perlawanan Akhir’. Mengumumkan persaraan peringkat negeri dan menghadiahkan jersi `keramat’ nombor 10 kepada Raja Muda Selangor.

1987: Menarik balik persaraannya untuk mewakili Selangor semusim lagi.

1988: Menyertai Kwong Yik Bank dan membawa kelab itu menjadi juara Liga Selangor. Khabar angin bertiup Mokhtar mengidap penyakit ganjil.

1989: Disahkan mengidap penyakit Mascular Dystrophy. – berlepas ke London untuk mendapat rawatan lanjut. Pulang ke tanah air tanpa sebarang perubahan.

1990: Keadaan Mokhtar semakin buruk.

1991: Meninggal dunia di Pusat Perubatan Subang pada Khamis, 11 Julai jam 8.25 pagi.

  1. hitamlagam
    Julai 12, 2007 at 6:22 am | #1

    Ada sumber mengatakan beliau dan seorang lagi pemain dari Sabah James Wong amat gentar dengan Orang Besi Brunei Pengiran Haji Tajuddin, kerana Orang Besi Brunei ini amat kental caranya mempertahankan benteng pertahanan skuad Brunei ketika itu, sehinggakan Mokhtar Dahari yang terkenal dengan kelincahannya, terus hilang corak dan rentak permainnya.

  2. Julai 12, 2007 at 10:19 am | #2

    semoga roh arwah dicucuri rahmat.

    …. satu dalam sejuta ….

  3. aswad
    Ogos 21, 2007 at 9:43 am | #3

    super mokh anda memang seorang pemain yg sejati..hnga kini msih tiada pnganti.semoga dicucuri rahmat

  4. Oktober 10, 2007 at 6:36 am | #4

    it is a very good website for me to engage my knowledge. i hope it can be more better than this in the coming year. good luck.

  5. ramli abas
    Februari 10, 2008 at 7:15 am | #5

    kehebatan mu sungguh dirindui oleh rakyat malaysia..sesunguhnya jasamu amt dikenang sampai bila-bila..sungguh hiba aku sebagai rakyat mengenangkan bola sepak malaysia ibarat mati segan.hidup tidak mau..semoga satu hari tuhan menjelmakan seorang permata untuk malaysia seperti engkau..

  6. zam
    Februari 25, 2008 at 7:00 am | #6

    sy begitu kagum dengan lagenda ini… tapi syag,allah lbih menyanyanginya..mungkin akan muncul lagi lagenda sepertinya…tapi entah bila.. wahai pemain-pemain…sedarlah perjuangn kita belum selesai.jika hanya anda bermain,semata-mata kerana wang,padamkan kan lah impian untuk beroleh keberkatan dari allah. ini merupakan jihad ,kita mempertahnkan maruah bangsa dan negara,tapi jika disaluti dgn hati yg berajakan wang ringgit dan bernafsu kemewahan,tergadailah maruah negara…renungkan

  7. shapik
    April 20, 2008 at 5:56 am | #7

    al-fatihah… buat allahyarham,
    warga malaysia khususnya org melayu bola sepak ibarat tradisi. mana2 kampung ada sj anak2 bermain bola sepak. untuk mencari pengganti permata bola sepak apakah salahnya kita berpatah balik tgk semula bagaimanakah insan ini lahir. adakah dgn cara ‘liga super”……

  8. nontak
    Mei 15, 2008 at 11:23 am | #8

    ALFTIHAH…..

  9. mohamad ismail
    Mei 16, 2008 at 1:27 am | #9

    al-fatihah..untuk allahyarham,
    bakat kobolehan serta disiplin dan sikap yang yang terunggul,masih belum terisi sehingga sekarang.Pencarian supermokh patut di terukan demi suvival sukan bola sepak malaysia yang semakin lesu dan kaku..kehilangan Mokhtar Dahari..berti kehilangan sebahgian besar peminat terhadap sukan tempatan ini.

  10. botak
    Jun 30, 2008 at 3:15 am | #10

    supermokh tetap no 1 dalam malaysia tiada gantinya. kita jadikan contoh terbaik untuk melahirkan pemain-pemain berkualiti negara.Pada pihak media cetak atau elektronik haruslah kerap mengimbas kembali nostalgia supermokh untuk tontonan rakyat terutama remaja negara ini janganlah terlalu mengagungkan pemain-pemain luar terutama dari eropah dan amerika latin.Kita kerap sangat di buai dengan pemain luar sehingga terikut2 atau cuba menjadi seperti mereka.Untuk apa?Jadilah seperti supermokh,belajar bagaimana cara dia berlatih tanpa rasa jemu untuk dirinya sendiri dan terutama untuk negara yang tercinta MALAYSIA.kepada arwah semoga rohnya dcucuri rahmat

  11. Ogos 19, 2008 at 8:24 am | #11

    pemain bola skarang mnampakkan prestasi yang positif . smasa bermain dengan chelsea

  12. Ogos 19, 2008 at 8:26 am | #12

    aku x kenal dgan orang besi tu… dari mane dapat information niiiiiiii

  13. Oktober 29, 2008 at 12:43 pm | #13

    harap2 suatu hari nanti adlah penganti supermokh. kalau boleh buatlah uji bakat bola sepak. asah pemain bola sepak kita dari kecil hingga dewasa. jangan ketepikan bakat semula jadi anak2 tempatan kita.

  14. Oktober 29, 2008 at 12:46 pm | #14

    semoga rohnya dicucuri rahmat. AL-FATIHAH.

  15. Disember 10, 2008 at 5:18 am | #15

    lagenda yang terhormat untuk bolasepak malaysia

  16. Januari 14, 2009 at 8:06 am | #16

    alfatihah…………..

  17. Apek
    Februari 15, 2009 at 2:56 pm | #17

    Haha orang besi mana lak ni.

  18. PanJanG
    Februari 19, 2009 at 4:01 am | #18

    hahaha..tu tipu je..kalo men ngan Arsenal pun die slamber je gol kan 2, ni lagi ngan org Brunei..SuperMokh i’ll be like u..

  19. hajikedekut
    Jun 23, 2009 at 2:59 pm | #19

    artikel yang best….
    perakkume.blogspot.com/

  20. Februari 13, 2010 at 5:46 pm | #20

    ygpatah belum tumbuh..yg hilang masih belum berganti…al-fatihah..

  21. fahzan
    Jun 6, 2010 at 11:11 pm | #21

    tendanganmu bak peluru;;;;
    kelincahanmu bak jaguar;;;;
    kepantasanmu bak citah;;;;;;

  22. dede ruhiyat
    Jun 26, 2010 at 10:38 pm | #22

    semoga alayarham ditrima disisi Allah SWT, saya teringat semasa menonton pertandingan sepak bola di senayan,Jakarta dalam rangka Anniversary cup sekitar tahun 1975.Saya masih teringat juga kepada saharudin abdullah,wan zawawi, arumugam salam hormat ke seluruh keluarga alayarham .

  23. kimi
    Oktober 25, 2010 at 12:51 pm | #23

    hilang mu tiada pengganti…kami merindui kehebatan mu ditengah padang….

  24. mieyu68
    Oktober 25, 2010 at 12:52 pm | #24

    semoga roh arwah dicucuri rahmat…al-fatihah

  25. kamen rider decade
    November 13, 2010 at 9:25 am | #25

    dimana hendakku cari ganti….serupa dengannya…

  26. April 19, 2011 at 3:30 pm | #26

    Artikel yang bagus sekali…dapat membantu research saya

  1. Julai 13, 2007 at 3:32 am | #1

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 59 other followers