Jom Tonton Valley of The Wolves Palestine
Lihat sendiri keganasan Zionis
PAS Army to Defeat Umno
Foto Raja Jawa (penyangak Umno) yang ku manipulasikan semula ke versi PAS…ha..ha…
Najib, Muhyiddin dan konco-konconya kelam kabut menampal kubu-kubu mereka yang dah nak runtuh….amboi-amboi..Band of Brothers sudah mara ke Putrajaya…
Celaka Fifa Kerana Mendiskriminasikan Pasukan Bolasepak Wanita Iran….
Mana pejuang-pejuang kebebasan hak asasi wanita….kenapa membiarkan hak wanita Iran dinafikan begitu sahaja oleh FIFA….pejuang-pejuang wanita kat Malaysia seperti Sisters In Islam pun sonyap jer….
ASB/ASN HARAM – JABATAN MUFTI NEGERI SELANGOR
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 2/2011 yang bersidang pada 12hb. April 2011M bersamaan 8 Jumadal Ula 1432H telah bersetuju memutuskan bahawa Pelaburan Amanah Saham Nasional (ASN), Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan seumpamanya adalah tidak halal. Hal ini kerana ia masih belum menepati hukum syarak dengan alasan seperti berikut:
Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputra (ASB) secara jelas terlibat dalam aktiviti pelaburan yang bercampur-campur antara patuh syariah dan tidak patuh syariah sebahagian besarnya adalah daripada sektor kewangan konvensional.
Rupanya Umno Yang Takut Dasar Negara Islam Bukan DAP
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengucapkan terima kasih kepada Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yang akhirnya mengakui bahawa Umnolah yang begitu takut dengan Dasar Negara Islam yang dibawa PAS. Selama ini merekalah yang menuduh DAP begitu takut akan dasar itu.
Namun kenyataan Nazri yang mengatakan “Kita lebih bimbang PAS akan berikan saingan lebih hebat jika mereka masih mempertahankan (dasar) negara Islam kerana wujud elemen dalam kaum Melayu yang berpandangan apa yang diperjuangkan PAS itu betul.” sudah cukup menceritakan hakikat sebenar. Memang benar apa yang PAS perjuangan sekarang ini adalh betul, selaras dengan sunnah Rasulullah saw. Beranikah Umno mengatakan PAS ini sesat? Hanya orang yang takutkan Islam sahaja yang layak dipanggil sesat.
Tahniah ! Barisan Kepimpinan Baru PAS 2011-2013
Dari Kiri : YB.Dato’ Hj. Mahfuz Omar (Naib), YB. Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (Presiden), Hj. Mohamad Sabu (Tim. Presiden), YB. Salahuddin Ayub (Naib), YB. Datuk Paduka Husam Musa (Naib)
Ron95 Tidak Naik Kerana BN Takut Kalah Teruk PRU 13
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menganggap pengumuman Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Pengguna Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bahawa Kerajaan BN tidak akan menaikan harga bagi petrol RON95, diesel dan gas petroleum cecair (LPG) pada ketika ini sebagai satu keputusan yang populis demi mengelakkan kekalahan teruk BN dalam PRU-13.
Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin yang juga ahli kabinet mengesahkan perkara ini dengan mengatakan “Keputusan untuk tidak menaikkan harga minyak RON95 ini diharap akan terus mengekalkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan (BN),”
Akhirnya kerajaan BN akur dengan tuntutan rakyat dan strategi Pakatan untuk terus mendesak kerajaan mengekalkan harga bahan api berkenaan berjaya. Namun, jika dibaca kenyataan Ismail, ternyata Kerajaan BN hanya bermain politik kerana tidak berani memberikan jaminan tentang tempoh masa bagi mengekalkan harga sedia ada. Ini bermakna, Kerajaan BN hanya berjanji tidak menaikannya pada hujung bulan ini awal awal bulan depan, tapi mungkin kenaikkan akan berlaku selepas itu.
Malah, berdasarkan keputusan Kabinet semalam, ramai yang beranggapan bahawa Pilihanraya ke-13 kian hampir dan BN kini sanggup melakukan apa sahaja bagi mengekalkan kuasa mereka. DPPWP yakin, rakyat Malaysia lebih bijak dari pemimpin BN dan tahu muslihat mereka yang akan menaikan harga minyak dan barangan lain berkali ganda jika BN kekal memerintah selepas PRU-13. Kenaikan harga minyak, gula, tepung, beras dan sebagainya yang berkali ganda selepas BN diberikan mandat semula dalam PRU-12 sudah cukup mengajar rakyat akan taktik kotor mereka ini.
Himpunan Sejuta Belia, Harapan Buat Anak Muda
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) berharap agar program Himpunan Sejuta Belia sempena Hari Belia yang diadakan secara besar-besar di Putrajaya pada hujung minggu ini dapat dijadikan sebagai satu medium terbaik kepada anak-anak muda supaya dapat mendekati Islam dan mengukuhkan jati diri serta keimanan mereka dari terus dirobek dan dirosakkan oleh cabaran kehidupan masa kini.
Kerajaan harus mengambil peluang untuk memperkenalkan aktiviti-aktiviti yang berfaedah yang bukan sekadar untuk hiburan semata-mata tetapi ada mesej yang positif untuk mereka bawa balik. Melalui himpunan sebesar ini, masalah sosial dapat dielakkan dengan mendidik anak-anak muda menjauhi pergaulan bebas dan aktiviti yang tidak bermanfaat.
DPPWP mengajak anak muda menjadikan Nabi Muhammad saw sebagai contoh teladan yang wajib menjadi ikutan agar dapat memberikan harapan terbaik kepada ibu bapa mereka dan masyarakat. Anak muda perlu menjauhi kemaksiatan dan masalah ketagihan hiburan melampau. Kini masanya untuk anak muda bersaingan untuk mencipta kreativiti mandiri yang mampu ditonjolkan.
Kepada pihak penganjur, DPPWP berharap agar program-program yang dianjurkan dapat menghormati waktu-waktu solat dan pemimpin-pemimpin negara bersilih ganti memimpin anak-anak muda untuk melakukan ibadat sepanjang waktu program. DPPWP juga berharap agar penganjur dapat menyediakan tempat ibadat yang selesa untuk anak-anak muda yang berkunjung dari seluruh pelusuk tanahair.
‘Tahniah’ BN, Malaysia Ditangga Ke 10 Negara Konsumer Arak
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengucapkan ‘tahniah’ kepada Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang berjaya membawa Malaysia ke rangking ke-10 negara konsumer arak yang terbesar didunia. Kejayaan ini benar-benar diluar jangkaan rakyat kerana Malaysia yang pernah di umumkan sebagai sebuah Negara Islam oleh pemimpin Umno berjaya mengalahkan sebahagian besar negara-negara bukan Islam di Eropah dan Benua Amerika.
DPPWP menganggap pengakuan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Heng Seai Kie sebagai satu bukti kejayaan gelap BN selama 12 penggal mereka memerintah negara ini. Ranking yang telah disahkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) ini juga menyatakan bahawa rakyat Malaysia menghabiskan lebih dari RM1.5bilion setahun untuk membeli arak.
Setiap tahun, 30% kemalangan jalan raya dilaporkan berlaku kerana pengaruh alkohol. Malah lebih teruk dari itu, arak juga sering dikaitkan dengan jenayah penganiayaan, dera, rogol dan bunuh. Gejala pengambilan arak juga kini sudah menular kalangan pelajar sekolah.
Sampai bilakah kerajaan BN mahu pertahankan rekod ini. DPPWP mengesa kepada Pihak berkuasa Kerajaan Tempatan, Kerajaan Negeri dan Persekutuan supaya serius menangani perkembangan industri arak dinegara ini. Pengeluaran arak dikilang-kilang dalam negara hendaklah dikurangkan, dan permohonan lesen-lesen pengilangan dan penjualan arak baru hendaklah dibatalkan. DPPWP juga mahu pihak berwajib memantau aktiviti penjualan arak dikedai-kedai, restoran dan Kelab Malam. Arak tidak sepatutnya dibiarkan dijual secara terbuka seperti dikedai-kedai ubat dan 7-Eleven yang beroperasi 24 jam. Akses pembelian arak yang begitu terbuka menyebabkan rakyat negara ini begitu mudah terlibat kepada gejala penagihan arak ini.
Presiden PAS Liabiliti, DPPWP Sanggah Hujah Aziz Bari
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menyanggah pandangan Penganalisis politik Prof Abdul Aziz Bari di dalam Malaysian Insider yang mengatakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai liabiliti kepada komponen Pakatan Rakyat. Jika benar beliau menjadi liabiliti, sudah lama PKR dan DAP memutuskan hubungan dengan PAS.
Selain itu, pandangan Aziz yang asyik mengulang isu kekalahan PAS di Terengganu pada 2004 untuk memalukan Presiden PAS tidak ubah seperti pandangan budak tadika sahaja. Ia jelas menunjukan kelemahan bacaan politik beliau yang mana, dibawah kepimpinan Presiden hari ini, PAS berjaya menguasai dua negeri iaitu Kelantan dan kedah walaupun gagal menguasai Terengganu pada 2008. Malah jumlah kerusi PAS di Parlimen pada 2008, bertambah tiga kali ganda iaitu 24 kerusi dari 7 kerusi pada 2004. Sebagai Presiden keupayaan prestasi beliau dilihat berdasarkan keupayaan parti diseluruh negara bukannya di Terengganu sahaja. Dan ianya sudah cukup membuktikan kebangkitan semula kepimpinan PAS dibawah Presiden.
Peluang kepimpinan Najib menang PRU 13 kurang dari 60%-Ahli Parlimen BN
Rata-rata Ahli Parlimen BN tidak berani mengambil risiko membodek najib untuk melakukan Pilihanraya ke-13 lebih awal berikutan sokongan majoriti rakyat masih lagi ditahap membimbangkan. Ahli Parlimen BN yang dipanggil menemui Najib baru-baru ini menyifatkan peluang untuk Najib dan konco-konconya berkuasa kurang dari 60%. Situasi mungkin lebih sukar diramal berbanding PRU-12, namun ke semua Ahli Parlimen belum berani menyatakan pendirian rasmi dan terpulang pada Najib untuk mendapatkan mandat rasmi rakyat dalam PRU.
Ahli Parlimen BN mengutarakan pelbagai alasan untuk menolak PRU diadakan lebih awal kerana mereka sendiri tidak yakin mampu mempertahankan kerusi masing-masing.
Apa jua kemungkinan berlaku, di peringkat Pakatan tidak ada masalah jika Najib mahu bubar Parlimen. Tapi untuk membubarkan DUN yang dimenangi Pakatan serentak dengan Parlimen adalah mustahil pada ketika ini. Pakatan tidak merasai sebarang tekanan atau merasa terdesak untuk membubarkan DUN kerana mandat yang ada adalah dari rakyat bukannya melalui peralihan kuasa dalam parti seperti yang berlaku antara Pak lah dan Najib. Najib kini diumpamanya menumpang jawatan diatas mandat yang diberikan oleh rakyat kepada Pak Lah.
Negara Islam: Hadi lihat PKR, DAP kini lebih positif
Negara Islam bukan hanya untuk orang Islam, tetapi ia adalah sebuah negara untuk semua kaum dan semua agama. Dalam Negara Islam, agama lain bebas dipraktikan, undang-undang sivil masih boleh dilaksanakan untuk mereka yang bukan Islam. Perundangan Islam dalam negara Islam hanya untuk umat Islam dan dalam masa yang sama bukan Islam dijamin keselamatan dan hak mereka melalui perlembagaan. Dari sudut ekonomi dan sosial setiap rakyat akan menerima layanan yang adil dan bebas untuk menyatakan pandangan.
KUALA LUMPUR, 11 Jan — Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang melihat sudah ada perkembangan yang “sangat positif” di kalangan rakannya dalam Pakatan Rakyat berhubung soal dasar negara Islam yang dibawa parti itu.
Bulan lalu, dalam ucapan penggulungan pada Konvensyen Pakatan Rakyat Kali Kedua, Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh melahirkan kesediaan untuk mengadakan perbincangan dengan Hadi dan juga Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, jika boleh dalam kadar yang segera.
Sehubungan itu, Hadi berpendapat bahawa berita terbitan The Star semalam di bawah tajuk “PAS won’t bow to pressure from any quarter”, yang memetiknya telah memberikan gambaran salah terhadap ucapannya pada satu majlis di ibu negara kelmarin.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan Setiausaha Politik Hadi, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, Presiden PAS itu sebenarnya telah menjelaskan bahawa parti tersebut melihat perkembangan yang sangat positif di kalangan rakan dalam Pakatan Rakyat dalam memahami maksud Islam yang ingin dibawa oleh PAS, di mana ia adalah dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan yang turut dipertahankan oleh semua pihak dalam perikatan berkenaan.
Isa Ugut Pecat Kakitangan Felda Yang Sokong Pakatan Rakyat
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) kesal dengan tindakan Pengerusi Felda yang baru, Tan Sri Isa Samad yang dengan angkuhnya mengugut untuk memecat mana-mana kakitangan Felda yang didapati menyokong Pakatan Rakyat. Ugutan itu disampaikan dalam pertemuan sulungnya dengan seluruh kakitangan Syarikat Kumpulan Felda di Dewan Merak Kayangan, Jalan Gurney pagi tadi. Majoriti kakitangan Felda yang hadir, berbisik sesama sendiri mengutuk kesombongan beliau yang mahu menunjukan kuasa itu. Mereka yang menyokong BN pun naik meluat dengan beliau.
Ugutan terbuka itu mengambarkan betapa terdesaknya Barisan Nasional untuk mengembalikan sokongan kakitangan dan seluruh peneroka Felda kepada Barisan Nasional menjelang PRU-13. Inilah budaya lapuk BN, bila terdesak mereka akan mengugut dan menekan kakitangan Kerajaan dan agensi yang berkaitan supaya terus menyokong BN.
Kalau 10 atau 20 tahun lalu, bolehlah beliau buat ugutan begini kerana pada masa itu rakyat tak celik undang-undang dan pelembagaan. Hakikatnya Isa tidak boleh sesukahatinya memecat kakitangan Felda yang menyokong Pakatan. Hak setiap kakitangan Felda untuk menyokong mana-mana pemimpin dan parti yang disukainya dalam pilihanraya adalah hak yang dijamin Perlembagaan. Adalah kesilapan besar jika Isa, memecat kakitangan Felda, dan beliau boleh diheret ke Mahkamah selepas itu.
Polis serbu belum sempat ceramah
Nampaknya, BN kian terdesak. Selama ini tiada masalah pun kalau nak buat Ceramah kat Pusat Khidmat Wakil rakyat di Kg. Bharu nie. Tak perlu pakai permit pun. Kali ini mereka takut dan Umno Kg. Bharu buat laporan Polis supaya ceramah malam itu disekat. Mereka takut kalau penceramah sebut pasal isu Kg. Bharu….tapi mereka sebenarnya tak boleh buat apa, malam tu semua isu keluar, harga minyak, enjin kapal terbang, teoh beng hock, menara najib untuk rosmah, kes buang anak, dan macam-macam lagi….pihak Polis pun join dengar ceramah sekali….
Oleh Rusli Islam
KUALA LUMPUR, 9 Jan: Belum pun sempat Pentas Pemuda yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Titiwangsa bermula, lebih kurang 20 orang anggota polis terus menyerbu Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa kira-kira jam 7 malam tadi.
Eizat, salah seorang ahli Pemuda PAS Titiwangsa telah dikasari sehingga pakaian beliau koyak rabak hanya kerana enggan memberikan kad pengenalan kepada pihak polis tanpa sebab.
Beliau yang pada masa itu berseorangan, cuba melepaskan diri tetapi ditangkap dan dicekup dan dibawa ke Balai Polis Dang Wangi.
Polis memberikan alasan bahawa ceramah yang diadakan pada malam tadi tidak mendapat permit polis walaupun ceramah akan diadakan di kawasan premis persendirian dan tidak mengikut peraturan.
Salah seorang polis yang mengetuai operasi itu, Azman pula mengatakan bahawa ceramah boleh diteruskan dengan syarat ia dibuat di dalam Pejabat Pusat Khidmat dan tidak boleh menggunakan pembesar suara kerana kononnya akan mengganggu orang lain.
Oh! Rupanya SPA Lebih Berkuasa Dari Sultan Selangor…

Krisis perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor bukan sahaja mendedahkan keburukan Khusrin, tetapi turut membongkar kezaliman Umno-BN terhadap Institusi Raja Berperlembagaan yang telah menghadkan kuasa Sultan-sultan di Negeri-negeri Persekutuan termasuk Selangor.
Krisis Perlembagaan melibatkan kepentingan dan bidang kuasa Sultan, Raja dan Yang DiPertuan Agong pada tahun 1993 adalah hasil dari keghairahan Umno mengambil peluang diatas kemarahan rakyat. Dan akhirnya tanpa disedari ramai pihak umno juga telah meminda undang-undang Tubuh Negeri selangor yang meletakan kuasa melantik setiausaha kerajaan negeri, penasihat kewangan dan penasihat undang-undang dibawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan melalui ‘agennya’ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).
Dalam kes perlantikan Khusrin, Baginda Sultan Selangor dengan jelas mengakui hal ini dan Baginda tidak mampu berbuat apa-apa melainkan jika Kerajaan Selangor berunding sendiri dengan pihak SPA (Baca sebagai Agen Kerajaan BN).



















